Hashtag #SMStopDisrespectingIslam Tular Di Twitter Setelah Kumpulan K-Pop Jual Merch Menyerupai Masj

Salah satu agensi besar di Korea Selatan, SM Entertainment adalah punca tanda pagar #SMStopDisrespectingIslam menjadi tular di lelaman Twitter.

Agensi itu menerima kecaman dari para netizen kerana mengeluarkan produk atau merchandise yang didakwa menyerupai masjid dan Kaabah.



Sumber: koreaboo.com
SM Entertainment telah melancarkan produk-produk demikian untuk pemasaran kumpulan K-Pop terkenal, NCT U. Namun begitu, tindakan agensi itu dianggap oleh para peminat sebagai sesuatu yang bersifat mengambil guna budaya atau cultural appropriation budaya Islam.

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter
Kebanyakkan netizen meluahkan kemarahan mereka di lelaman Twitter dan mendesak SM Entertainment untuk membuat permohonan maaf.

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter
Ini bukanlah kali pertama agensi dan kumpulan K-Pop ini terjebak dalam kontroversi yang seiras. Sebelum ini, mereka pernah terima kecaman kerana memakai imej makam Imam Hussein sebagai later belakang ketika satu persembahan dahulu.

Sumber: Twitter, @watermarkmelon2
Luahan Wartawan: There has to be a line to draw when it comes to cultural appropriation. Additionally, kita pun nak kena fahamkan on why they chose to go with this aesthetics as some of the aspects as I see it is more to Arabian rather than Islamic. And of course the onus is on us to fahamkan perbezaan antara Arabian culture and Islam.

Podcast Plan B minggu ini!