Hartawan Ingin Beli Bangunan, Auntie Tak Nak Jual (Video)
Di saat genting seperti sekarang, warga alam memerlukan love, care dan kindness.
Dengan memaki dan meludah pelayan di kedai makan? Bukan.
Dengan membuat aduan kepada lembaga perumahan tentang penjualan makanan dari rumah? Bukan!
Tapi, dengan melakukan jariah yang dapat meringankan beban orang di sekeliling kita.
Video ‘Sustainable Happiness, Sustainable Return’ oleh Pr Bangchak Official mungkin dapat memberi idea tentang bagaimana kita boleh memainkan peranan dalam membentuk masyarakat yang lebih toleransi.
MUHASABAH DIRI
Ini contoh yang boleh diambil para peniaga. Kalau rasa pendapatan pada minggu tersebut cukup untuk biayai kos kehidupan, bolehlah kasi diskaun atau makanan percuma kepada mereka yang dalam kesusahan.
Buat yang lain-lain, kalau ada duit extra, sumbangkan kepada mereka yang memerlukan. ‘Memerlukan’ tak semestinya orang yang tak bekerja, sakit, anak ramai dan sebagainya sahaja. Kadang-kadang, orang middle income pun perlukan bantuan.
Lagi-lagi dalam semasa tempoh CB, ramai orang sebenarnya dilanda masalah. Dengan ada yang dibuang kerja, tak boleh jual makanan dari rumah, tak boleh jumpa psychiatrist, tak boleh beli barang dapur dari JB. Masyarakat memerlukan bantuan dan sokongan.
Kalau tak mampu untuk berikan apa-apa, be a listening ear.
Ini bukan masa untuk pertikaikan perbuatan masing-masing. Bukan masa untuk viralkan dan malukan orang. Bukannya datangkan hasil pun. Muhasabah lah wei.
Make it a better place for you and for me and the entire human race — Mendiang Michael Jackson, 2009
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg
Comments