Harga Tiket OKLETSGO Antara $60 Dan $220
Persembahan OKLETSGO Live yang bakal berlangsung pada 1 Ogos di The Star Theatre menjanjikan pendekatan bertaraf antarabangsa.
Menurut desas-desus yang disampaikan kepada newsdesk, acara dua jam tersebut akan menerapkan elemen terbang, air serta penampilan kuda, sehubungan lawak jenaka yang sering didengarkan.
Sumber: Shutterstock
Selaras dengan musim Hari Kebangsaan, para penonton juga boleh nantikan pertunjukan bunga api di samping sistem bunyi, pencahayaan dan pentas yang lebih canggih dan menakjubkan.
Tambahan dengan itu, OKLETSGO turut membuka ruang ‘Meet & Greet’ buat 150 penonton.
Selama sejam, peminat boleh bercanda mesra bersama podcaster tercinta mereka sebelum persembahan dijalankan.
PELUANG KEEMASAN: Kenali Raja Razie, Dzar Ismail dan Dyn Norahim dengan lebih rapat lagi jika anda membeli tiket premium ‘Meet & Greet’.
Seperti persembahan ‘live’ sebelum ini, penjualan ‘merchandise’ terkini, seperti tote bags dan tshirt, termasuk produk penganjur juga akan dijalankan di ‘waiting area’. Berikut merupakan barangan yang dijual semasa persembahan tahun lalu.
Tiket menyaksikan OKLETSGO ‘live’ dianggarkan dijual pada lewat Jun atau awal Julai pada harga yang tertera di bawah:
Kategori | Kategori |
Meet & Greet | $220 |
Kuning | $160 |
Biru | $130 |
Merah | $100 |
Jingga | $80 |
Hijau | $60 |
Seating plan bagi OKLETSGO Live
TIP JIMAT WANG
Kami faham segelintir peminat mungkin berasa begini:
“Eh siak ah mahal pe.”
Oleh itu, newsdesk akan membentangkan beberapa cara menjimatkan wang agar anda juga boleh menyaksikan ‘live’ tersebut!
1. TABUNGKAN $1 SETIAP HARI
Sumber: Vectorstock
Dari hari ini, 1 Mac hingga misal kata 20 Jun, korang ada 112 hari untuk save up. In total, korang boleh save $112! Dah boleh beli kategori merah.
Kalau nak beli seat lagi best, save $2 setiap hari.
$2 x 112 days = $224
Hahhh dah boleh beli tiket Meet & Greet dah!
Kalau nak beli merch pulak, bolehlah save $3 ke $4 each day.
2. JANGAN BELI AIR MANIS
Sumber: Carribean Hotfm
Imagine hari-hari pergi canteen korang beli ice lemon tea. Satu tin $1.20. Daripada korang beli air yang akan mengakibatkan kencing manis, lagi bagus korang save tu duit untuk tengok OLG!
$1.20 x 80 weekdays = $96
Kalau OT, kerja weekends ke apa, dah boleh save more.
Secara tak langsung, korang pun tengah amalkan gaya hidup sihat. Skip the sweet drinks! Drink plain water. Pergi kerja bawak water bottle jadi boleh top-up. Natijahnya, boleh tengok OLG!
3. JANGAN NAIK GRAB
Naik Grab yang buat kita semua feel broke. Jangan. Naik public sudah. Contoh, korang tinggal yishun and kerja dekat NKF building. Aku main letak asal boleh jer.
$19?! Kalau korang naik public tak sampai $5.
$19 – $5 = $14 (amount saved per trip)
$14 x 2 = $28 (amount saved each day)
$28 x $80 = $2,240 (amount saved in 80 days)
Tengok berapa ribu korang boleh save!
Boleh beli 10 tiket Meet & Greet seh..
Jadi savelah duit anda.
Tak mahal actually. Boleh afford punya. Antara nak tak nak jer gaissss!
Ajaklah kawan-kawan, saudara-mara untuk tonton OLG bersama-sama. Dapatlah anda membingkai muafakat bersama orang-orang tersayang.
Comments