Hantar Pesanan HBB, Agihkan Makanan Percuma, Walaupun Berkerusi Roda
Kendatipun berkerusi roda akibat strok yang melanda bahagian kiri badannya empat tahun lalu, ia tidak menghindar Encik Zaini Mahamod daripada berkhidmat untuk masyarakat.
Bersama isterinya, Cik Zakiyah Mohamad, pasangan suami isteri ini telah membeli sebuah van seminggu sebelum Syawal bagi menyediakan khidmat penghantaran buat para peniaga dari rumah (HBB) pada kos yang amat rendah.
Penghantaran kuih-muih pada 12 Mei lalu. Sumber: Zakiyah Zaini
Mengecaj cuma $10 bagi setiap penghantaran ke seluruh Singapura, Cik Zakiyah, 60 tahun berkata, niatnya dan suami, 61 tahun, adalah untuk membantu meringankan pembiayaan peniaga HBB.
“Kami tahu bahawa mereka (peniaga HBB) juga hendak cari rezeki. Kita bantu mereka hantar makanan pada harga yang murah, dan mereka tolong saya dan suami dengan memilih khidmat penghantaran kami,” ujar Cik Zakiyah, yang sebelum ini menunggang motosikal tiga roda bersama suami tercinta untuk menghantar makanan.
Motosikal khas buat golongan kurang upaya. Sumber: Zakiyah Zaini
Selain menghantar pesanan makanan, mereka turut menghantar benda-benda lain seperti perabot rumah.
Berkhidmat tidak kira masa. Sumber: Zakiyah Zaini
Aktif di Facebook, khidmat penghantaran mereka mula dikenali setelah pos Cik Zakiyah empat hari lepas meraih 360 kongsian.
Sumber: Facebook, All Muslimah Products Singapore
“Alhamdulillah, selepas saya muat naik pos tersebut, saya dan suami ada 10 hingga 15 penghantaran setiap hari. Dengan apa yang ada, cukuplah untuk kami buat belanja hari-hari,” kata Cik Zakiyah, yang juga menguruskan perniagaan pencuci mulutnya, Z’s Delights.
Di samping memudahkan penjualan peniaga HBB lain, pasangan ini turut mengelolakan “Amal Jumaat” di mana mereka menyediakan makanan dan minuman buat sesiapa yang memerlukan — tidak kira bangsa atau agama.
Sumber: Facebook, Z’s Delights
Sumber: Facebook, Z’s Delights
“Kami memulakan ‘Amal Jumaat’ setahun yang lalu untuk mengongsi rezeki dengan orang lain. Malah dalam kita beramal, ada juga orang yang membantu kami dengan memberikan beras dan wang agar kami dapat menyediakan lebih banyak juadah.”
Menurut Cik Zakiyah, pengagihan makanan akan dijalankan semula bulan ini di bloknya setelah mereka berehat sepanjang bulan Ramadhan.
Untuk menempah khidmat penghantaran Encik Zaini dan Cik Zakiyah, mahupun untuk membeli juadah yang disediakan mereka atau menyertai acara ‘Amal Jumaat’ mereka, sila hantarkan mesej (PM) kepada Facebook Zakiyah Zaini.
Luahan Wartawan: Masyaallah….Mulia sangat <3 Walaupun masing-masing dah lanjut usia dan kurang sihat, dorang tetap berusaha untuk ringankan beban masyarakat setempat. Semoga amal mereka dibalas dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah.
Dalam situasi meruncingkan macam sekarang ni, with COVID-19 and the ongoing siege, aku rasa it’s time to show more kindness. Not just to those from war torn countries, but also to our own people.
Sebab aku rasa kita kadang-kadang kurang peka akan nasib orang-orang sekeliling kita. Walaupun kita hidup aman damai, suka-suka, riang ria, pastinya ada di kalangan kita yang rasa duka sengketa. Ramai yang hidup dalam negara ni pun memerlukan dari segi kewangan, perumahan, pemakanan dan sebagainya.
Jadi kita tolong jer sesiapa yang kita boleh bantu. Bantu orang sendiri pun kira amal jariah jugak.
Podcast Plan B minggu ini!
Comentarios