top of page
Writer's pictureLintah Darah

Hairi Dan Haqim, Pemuda Disebalik Kejayaan Lagu Dan Video Viral P0$P0N


Hairi Dan Haqim

Dengan lebih 150,000 tontonan dalam kurang seminggu, P0$P0N, sebuah lagu yang dibentangkan oleh hos-hos OKLETSGO sempena Hari Kebangsaan 2021, telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk Singapura.


Namun, kejayaan ini pastinya tidak boleh diperoleh tanpa sentuhan daya kreatif Hairi Eyes dan Haqim Mokhtar— dua orang pemuda yang telah memerah tenaga bagi menghasilkan karya ini.


MENGARANG HINGGA DINI HARI


Bertungkus-lumus di Greendoor Studios bersama penulis senikata, Dzar Ismail, dari malam hinggalah ke jam 7 pagi, penerbit P0$P0N, Hairi, menyifatkan proses membuahkan lagu ini sebagai pengalaman yang menakjubkan.

MENGARANG HINGGA DINI HARI
Sumber: Facebook, Lee Hsien Loong

““DAMN. I still can’t verbalise how to feel about it,” kata Hairi, 25 tahun, ketika dihubungi wartawan Plan B.


“Pada asalnya, saya dan Dzar dalam perbincangan untuk mengarang lagu buat sebuah lagi projek. Namun ketika Dzar menyebutkan ‘satu nada, satu suara, satu darah’, kami mula mengembangkan idea itu dan menjadikan ia sebagai ‘hook’,“ jelas Hairi berkaitan usul lagu P0$P0N.


Ladies and gentlemen, Hairi Eyes.
Ladies and gentlemen, Hairi Eyes.

Selaku jurutera audio pula, Hairi turut bertanggungjawab dalam mempakejkan komponen-komponen yang dirakam.


“Tugas utama saya adalah untuk memastikan ‘the punches hit harder’ dan untuk ‘menyerikan’ lagi lagu tersebut berdasarkan rangka yang diberikan dengan menyelitkan unsur-unsur moden.


“Dalam pada itu, saya juga terlibat dalam menyanyikan harmoni untuk menonjolkan barisan tertentu.”


Dalam pada itu, saya juga terlibat dalam menyanyikan harmoni untuk menonjolkan barisan tertentu

Meski berasa ‘pening’ tatkala menggabungkan elemen-elemen dram, ‘adlib’ dan sorakan untuk lagu patriotik ini, Hairi menganggap segala titik peluhnya dalam menghasilkan lagu ini amat berbaloi.


Dalam wawancaranya, Hairi, yang berkecimpung dalam arena muzik tanah air sejak lapan tahun lalu, berkata inilah kali pertama dia berasa, ‘wow this is it’, akan lagu terbitannya.

ONE MAN SHOW

ONE MAN SHOW


Turut menjayakan P0$PON ialah juruvideo dan penyunting Haqim, daripada rumah produksi Eclectic Vibes.


Haqim Mokhtar
Memperkenalkan, Haqim Mokhtar.

Cukup mengenali cita rasa para penonton, muzik video yang dihasilkan bukan sahaja kelihatan estetik, malah turut diterapkan dengan adegan-adegan lucu yang telah menarik perhatian ramai.


Ni klaka. Pada aku ah
Ni klaka. Pada aku ah.

“Saya berasa teruja kerana masyarakat setempat terhibur ketika menonton muzik video P0$P0N,” nyata Haqim, yang hanya mengambil sembilan jam untuk mencipta mahakarya ini.


“Secara peribadi pula, saya gembira kerana karya saya meraih sebanyak 100,000 tontonan pada hari pertama ia disiarkan,” tambah juruvideo 28 tahun ini, yang bakal mengeluarkan sebuah lagi muzik video berjudul “Lonely”.

Nantikan ‘Lonely’ by Haqim Mokhtar.
Nantikan ‘Lonely’ by Haqim Mokhtar.

Korang kalau belum dengar P0$P0N, korang better dengar sekarang. Aku dah pacak link kat sini so takde reason untuk korang to not listen to it!

Korang kalau belum dengar P0$P0N, korang better dengar sekarang. Aku dah pacak link kat sini so takde reason untuk korang to not listen to it

Luahan wartawan: Siak ah talented gilerzxc. Dorang in a few hours boleh shoot, edit video, buat lagu lah haper. Aku nak tulis ni article jer makan setengah hari. Haiz. Brain capacity issues.

I really really love the song and the MV. Hype gila sak. Each time aku dengar, aku punya jantung dup dap dup dap kau faham tak??? Congratulations to the whole team for coming up with such an amazing anthem!! Get ready jer ah ada chan next year NDP committee mintak draft muahahaha!

Podcast Plan B minggu ini!



Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page