Gym Memalukan Pelanggan Yang Mintak Diskaun
Hasrat untuk mengurangkan berat badan dihambat setelah gim pilihan memalukannya dengan menularkan permintaannya untuk dilatih pada kos rendah.
TIDAK CUKUP DUIT
Sofia Cholan telah mengirimkan direct message (DM) kepada sebuah gim di Malaysia menerusi Instagram untuk bertanya jika gim tersebut boleh menugaskan salah seorang pelatih mereka kepadanya pada kos rendah.
Menurut warga Malaysia ini, dia memilih gim tersebut kerana mereka menawarkan program weight loss challenge secara percuma.
Oleh itu, Sofia menghubungi mereka untuk bertanya jika mereka boleh menawarkan program tersebut kepadanya, atau melatihnya pada harga yang lebih murah kerana dia baru saja mula bekerja.
GIM KURANG AJAR
Walau bagaimanapun, jawapan gim tersebut kepada Sofia tidak beretika.
“Kalau mampu untuk ke luar negara, apalah sangat yuran RM880?” jawab pentadbir akaun kepada Sofia.
Sumber: Facebook, Sofia Cholan
Tidak cukup dengan itu, gim berkenaan juga mengongsi gambar-gambar peribadi Sofia di akaun mereka dengan kapsyen:
“Hmmm…Apa pendapat anda? Patutkah kami ‘bantu’ dia?”
Sumber: Facebook, Sofia Cholan
Gambar yang dikongsi di laman Instagram gim tanpa izin Sofia. Sumber: Facebook, Sofia Cholan
Gambar yang dikongsi di laman Instagram gim tanpa izin Sofia. Sumber: Facebook, Sofia Cholan
Gambar yang dikongsi di laman Instagram gim tanpa izin Sofia. Sumber: Facebook, Sofia Cholan
SOFIA PERTAHANKAN DIRI
Ekoran perkongsian gim tersebut di Instagram, seorang warganet berpendapat bahawa Sofia tidak layak untuk menerima potongan harga mahupun latihan percuma memandangkan Sofia hidup ‘mewah’.
Namun, Sofia menyangkal kenyataan warganet tersebut.
“Ya memang benar saya ke luar negara. Gambar-gambar tersebut dipetik pada Disember 2018 semasa keluarga saya mengajak saya ke Eropah sebagai graduation gift.
“Itu merupakan kali terakhir saya ke luar negara kerana saya sudah mula bekerja,” jelas Sofia.
Adulting is tough
Dia juga menambah bahawa dia bukannya tidak mampu untuk membayar, tetapi enggan membayar.
“Saya tak pernah kata bahawa saya tak mampu untuk membayar. Saya cuma bertanya jika mereka boleh memberi diskaun kerana mereka sendiri mempromosikan program weight loss challenge secara percuma.
“RM880 adalah sepertiga gaji saya. Saya tak boleh dan tak patut berbelanja begitu banyak.
Kimais mahal pe!
“Kalau mereka tak boleh bantu saya, mereka tak perlu jawab pun. Atau kata sajalah ‘maaf kami tidak menawarkan pertolongan/kelas/program sedemikian.’
“Saya sebenarnya tak perlu memberikan justifikasi. Tapi saya harap penjelasan saya dapat meredakan keadaan,” ujar Sofia di Instagramnya.
Sumber: Instagram, Sofia Cholan
TETAP AKAN MENGURUSKAN BADAN
Meskipun diaibkan, Sofia berkata, dia tetap akan berusaha untuk mengurangkan berat badannya daripada 103 kilogram kepada 70 kilogram.
“Hal ini tidak akan menghindari saya daripada menguruskan badan dan mempraktikkan gaya hidup sihat.
“Saya akan cari jalan alternatif untuk meraih impian saya,” tegas Sofia kepada World Of Buzz.
GIM DIAMKAN DIRI
Setelah puas menghentam Sofia, gim tersebut akhirnya mendiamkan diri.
Malah, mereka turut menukar setting akaun mereka kepada privet.
Kali terakhir mereka berinteraksi bersama Sofia, pentadbir akaun mendakwa bahawa kes ini akan dibicarakan di mahkamah.
Sumber: Facebook, Sofia Cholan
Namun, Sofia tidak mengulas lanjut tentang hal berkenaan.
Luahan wartawan: Tak nak tolong cakap tak nak tolong ah takya nak malukan dia ni macam pe. Benda padahal boleh settle dekat DM. Unless Sofia ni dah rosakkan equipment lepas tu setakat nak bayar $1 as compensation lah. Tu lain. Itu patut diviralkan.
Sendiri mulut macam siak, dahtu nak saman orang. Ape sajerrrr lah.Perangai macam artis wanita Melayu tanah air. Tak nak cakap siapa ah. Kalau tau tau ah.
Dah lah Sofia. Tak payah pergi gym gym ni semua. Aku pakai waist trainer jer. Dahtu exercise sendiri. Berlambak tutorial kat YouTube. Tak payah hadap gym gym sangkak ni semua.