Guru Ini Sanggup Ke Rumah Pelajar Dalam PKP
Dek kekurangan akses Internet di daerah perkampungan utara Sarawak, pembelajaran ‘online’, yang diharuskan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sukar untuk dikelolakan.
Oleh itu, guru bahasa Inggeris dan Seni dari Sekolah Kebangsaan Long Sukang, Muhammad Nazmi Rosli, sanggup meredah jalan raya demi menghantar bahan pembelajaran kepada anak-anak muridnya yang tinggal di kawasan Lawas.
Sumber: Facebook
Bahkan, guru 27 tahun itu juga membantu rakan-rakan sekerjanya untuk mengedarkan kerja rumah kepada anak murid mereka.
Sumber: Facebook
Dalam inisiatifnya untuk memastikan anak murid tidak ketinggalan dalam pelajaran, guru berdedikasi ini tetap peka tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa tempoh berbahaya ini.
“Pejabat pendidikan daerah membantu saya bagi mendapat keizinan untuk datang ke kawasan pendalaman. Seorang atau dua guru akan tinggal di lokasi itu dan menolong saya edarkan bahan-bahan tersebut,” kata Nazmi kepada Borak Daily.
“Kami diawasi secara ketat oleh wakil klinik kesihatan. Kanak-kanak perlu mencuci tangan sebelum dan selepas menerima bahan.
“Kami juga tidak berkumpul di satu tempat dan berusaha untuk mengurangkan bilangan orang yang terlibat.”
Sumber: Facebook
Nazmi, yang tidak menganggap perkara tersebut sebagai kerja tambahan baginya, turut berharap agar usahanya bersama guru-guru lain setara dengan apa yang dilakukan oleh sekolah-sekolah di bandar.
Luahan wartawan: Ingat senang nak ajar murid-murid? Dalam kelas dah susah, apatah lagi masa CB/PKP? Some teachers have to go the extra mile untuk pantau pembelajaran anak murid.
Mungkin di Singapura kau takkan nampak cikgu datang rumah kau untuk hantar homework. Well, here’s no need to because kita well-equipped. Tapi ketahuilah para guru are working their asses off untuk ajar anak-anak korang. Kalau rasa cikgu anak kau isn’t doing enough, then you teach your child since kau pun kat rumah kan. Rasakan sendiri.
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg
Comentarios