Golongan Ibu Membantu Ibu Lain Dalam Kesusahan
“Alone we can do so little; together we can do so much.”
Itulah pegangan Dolores Au, 45 tahun, dan Gidania Wong, 35 tahun, pengendali laman SG Mummies United di Facebook.
Sumber: Facebook
Dibuka pada 7 April, group tersebut, yang telah menjana sebanyak 1.3 ribu pengikut, membolehkan ahlinya untuk meminta sumbangan atau membalas permintaan.
Menukil temubual Wong bersama The New Paper, dia berkata sebilangan ibu dan keluarga menghadapi kesusahan dalam memperoleh keperluan asas — lebih-lebih lagi mereka yang sedang menantikan bantuan daripada pemerintah atau pertubuhan amal.
Gambar hiasan. Sumber: All Singapore Stuff
Dengan sumbangan kewangan Au dan Wong, yang juga merupakan pengasas majalah online Mummyfique, serta rakan-rakan mereka, ahli SG Mummies United diberikan subsidi $4 bagi setiap penghantaran barangan.
Bagi ahli yang memerlukan barangan khas pula, mereka diberi wang tunai dan baucar.
Gambar hiasan. Sumber: The Financial MTC
Misalnya, Nur Diyanah, 29 tahun, menerima $50 menerusi PayNow serta baucar FairPrice berjumlah $50 agar dapat membeli krim ekzema dan makanan tertentu buat bayi tujuh bulannya, yang mempunyai alahan kulit dan makanan.
Dalam pada itu, Diyanah, yang kehilangan pekerjaannya sebagai guru seni dek COVID-19, juga menyumbangkan serbuk susu, pensteril dan baucar untuk lampin yang tidak dapat digunakan keluarganya kepada para ibu.
Gambar hiasan. Sumber: vanessabehan.org
Cassandra Tan, 37 tahun, yang menerima lampin, serbuk susu dan pakaian bayi menerusi SG Mummies United juga berusaha untuk meringankan beban ibu lain dalam group tersebut.
Selain mengongsi penerimaannya, pemandu Grab sampingan itu juga menolong untuk menghantar barangan kepada para penerima.
Sumber: Consumer Reports
Meskipun SG Mummies United dibuka dengan tujuan untuk membantu para ibu semasa tempoh COVID-19, Au berharap agar inisiatif mereka dapat diteruskan buat jangka panjang.
“Selagi misi SG Mummies United dalam membentuk perubahan positif dalam kehidupan ibu yang memerlukan dipenuhi, kami akan meneruskan inisiatif ini secara sukarela,” kongsi Au.
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg
Commentaires