top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Gold FM Menangkan Shalehan $10,000 Setelah Tekanan Membuak!


Gold FM Menangkan Shalehan

Setelah berusaha untuk menegakkan keadilan selama sebulan, Muhammad Shalehan akhirnya diberikan $10,000 bersertakan permohonan maaf daripada stesen radio GOLD 905.


Tindakan ini diambil susulan liputan BBC Three yang dikendalikan malam semalam (21 Mei).


Walhal sebelum ini, GOLD 905 mematikan diri selama tempoh berkenaan meskipun media tempatan telah membuat beberapa liputan dan kes ini hangat diperkatakan oleh penduduk setempat.

$5,000 SEBAGAI ‘TOKEN OF APPRECIATION’

Oh, whatever just take it

Pada 20 Mei (Rabu), GOLD 905 mengumumkan bahawa mereka akan memberikan Shalehan $5,000 sebagai ‘tanda penghargaan’ kerana sanggup meluangkan masa untuk menyertai pertandingan tersebut dan menghubungi pihak Tony Hadley untuk meminta pandangannya.


Di samping itu, GOLD 905 menekankan bahawa ‘semua jawapan telah disemak secara adil dan objektif oleh juri-juri mereka’ dan ‘keputusan mereka muktamad’.


LUAHKAN KETIDAKPUASAN HATI DI BBC

bbc

Sumber: BBC


Walau bagaimanapun, Shalehan tidak menerima hadiah mereka.


“Semasa Medicorp hubungi saya, mereka seolah-olah berkeras untuk memberi saya hadiah sebetulnya ($10,000).


“Kalau mereka berikan $5,000 dengan permohonan maaf, tak apa juga. Kerana sebagai orang Melayu, saya mempunyai prinsip tersendiri dan permaafan merupakan sesuatu yang amat penting bagi saya,” kata Shalehan kepada wartawan kami siang tadi.


“Saya tak perlukan token of appreciation daripada mereka. Bukannya saya salah pun. Saya pendengar pertama yang dapat menebak dengan betul. Jadi sebetulnya, saya patut diberikan $10,000.


“$10,000 mungkin tidak banyak bagi mereka. Tetapi untuk saya, bapa kepada tiga anak kecil, wang itu amat berharga pada saya,” ujar Shalehan, yang juga bakal menimang cahaya mata keempat Ogos nanti.


“Saya bukan budak bodoh yang boleh mereka permainkan sebegini.”


Kenyataan Shalehan turut diudarakan secara langsung di rancangan Afternoon on BBC Three Counties Radio, sebuah stesen di Britain, pada sekitar 9 malam semalam (waktu tempatan).


Turut hadir dalam wawancara itu ialah Hadley, yang teguh berpendapat sebutan Shalehan tidak salah dan bahawa dia patut diberikan habuan yang dijanjikan.


“Give him the money! Give him the money!” ujar Hadley.


Dengarkan temu bual Shalehan bersama Hadley di sini:



GOLD 905 UBAH FIKIRAN

Ok, fine. whatever

Susulan wawancara BBC Three, GOLD 905 mengubah fikiran mereka dan mencatatkan di Facebook pagi tadi bahawa mereka akan memberi Shalehan $10,000.


“Hi semua, terima kasih atas maklum balas dan pos-pos anda.


“Kami telah menghubungi Shalehan sekali lagi untuk meminta maaf kepadanya.


“Memandangkan Tony Hadley sendiri berkata Shalehan telah menyebut namanya dengan betul, siapalah kami untuk menyangkal?


“Wang tunai $10,000 dan shopping spree akan dihadiahkan buat Shalehan.


“Kami hargai semua pendengar serta sokongan yang diberi.”



Mereka juga telah menyampaikan berita tersebut kepada Shalehan secara peribadi menerusi e-mel.

Mereka juga telah menyampaikan berita tersebut kepada Shalehan secara peribadi menerusi e-mel.

SHALEHAN HAPPY

SHALEHAN HAPPY

Tatkala menerima berita tersebut, Shalehan berkongsi kelegaannya kepada wartawan.

“Akhirnya, mereka mengalah juga kepada saya.


“Saya bersyukur atas wang yang diterima. Sama ada mereka akan memberi lebih wang tunai daripada shopping spree, masih belum terjawab.


“Tapi kalau lebih shopping spree pun, tiada masalah. Sekurang-kurangnya saya boleh gunakan untuk membeli keperluan bayi saya nanti,” luah kapten kereta api SMRT itu, yang bekerja siang malam demi membiayai keluarganya.


Dan pastinya, Shalehan berpuas hati dengan permohonan maaf terbuka yang diberikan oleh GOLD 905.


Buat masa ini, dia sedang menantikan perincian lanjut tentang nilai wang tunai dan shopping spree daripada GOLD 905.



Tahniah Shalehan!


Luahan wartawan: Oh BBC cover baru kau nak berganjak. Local media report, kau buat bodoh.


Lepas tu, dekat post kau kau kata “who are we to disagree?”. Yes that’s right sister. Kau siapa?


Oh wait. As quoted by BBC ‘Gold 905 is not some small, start-up station. It is part of Mediacorp – Singapore’s mighty media empire – and is heard across the country.’ So since you’re that big, mighty and experienced, what made you think giving $5,000 as a token of appreciation will shut us all up?


Y’all never study PR is it? You think $5,000 will shut him and your other listeners up? And do you really think that ‘apology’ looks sincere to us? You think people cannot read between the lines? You think your listeners cannot analyse situation har?


To me, they’re only giving Shalehan the prize sebab satu dunia dah canon dorang.


Buck up lah. If you wanna remain in this industry, play your cards well.



Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page