GILER WEI! Pemandu Ferrari Diculik Berdekatan Dengan Mustafa Centre
Sumber: Lianhe Wanbao
Penculikan sekelip mata ini berakhir beberapa saat sahaja, sehinggakan tiada siapapun sempat merakamkan insiden tersebut. Namun ada beberapa orang awam yang sempat menelefon polis.
Seorang pegawai keselamatan yang sedang bertugas menyaksikan kejadian tersebut berasa terkejut kerana pemandu kereta Ferrari itu diculik di khalayak ramai pada sekitar jam 9 malam.
Sumber: Jetstar
Verdun Road, kawasan sekitar Mustafa Centre itu selalunya dibanjiri manusia ketika itu. Sebuah kereta Audi telah berhenti di hadapan kereta Ferrari lalu empat orang lelaki telah bersemuka dengan pemandu Ferrari tersebut. Beliau melutut ke lantai sebelum dibawa pergi.
Pihak polis yang datang kemudian segera mengepung jalan keluar dari lorong berhampiran. Ferrari tersebut telah pun diangkut sekitar 4 pagi tadi.
Menurut polis, empat orang lelaki berusia 30-an tahun telah ditahan. Mereka akan disiasat mengenai kes penculikan tersebut. Difahamkan bahawa mereka telah “menculik” mangsa agar mendapatkan semula wang yang telah dicuri mangsa dalam satu kes penipuan.
Manakala mangsa penculikan tersebut pula ditahan polis kerana terlibat dalam kes penipuan sebanyak $350 terhadap seorang wanita menerusi aplikasi Carousell yang menjanjikan pakej penginapan hotel di Marina Bay Sands.
Sumber: Visit Singapore
Andrew Lim Zi Kai, 29 tahun tidak dibenarkan ikat jamin dan masih dalam tahanan. Beliau juga terlibat dlam 9 lagi kes penipuan. Jika didapati bersalah, Lim boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda.
Manakala, penculik-penculiknya boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan/atau denda.
Luahan wartawan: Double wow. Siapa kata tiada kes penculikan di Singapura? Walaupun sekejap sahaja, culik tetap culik. Bukan kes “pinjam sekejap, nanti kasi balik”.
Mungkin mereka bukan gangster mana, tapi cara mereka fast and furious untuk mendapatkan semula wang yang dicuri.
Secara tidak langsung, mereka telah membantu polis untuk menangkap si penipu!
Well, the price of having a flashy car, dude. Anyone can spot you from a mile away! Jadi macam aku, kapchai je bro!
Comentarios