top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Geletis Dengan Preity Zinta, Aaron Aziz Kena ‘Sound’ Dengan Isteri


Geletis Dengan Preity Zinta

Gara-gara menggeletis dengan bintang Bollywood wanita di Instagram, artis Malaya terkenal, Aaron Aziz, disound isterinya, Diyana Halik.


Tiga malam lepas, isteri kepada pelakon 44 tahun ini memuat naik petikan skrin berhubung komen sweet Aaron di gambar aktres Preity Zinta.


GELAR PREITY ZINTA “SAYANG”


Berdasarkan pos Diyana, Aaron kantoi membahasakan dirinya sebagai “abang” dan memanggil Preity “sayang”.


Dia turut memesan Preity agar “jangan terlampau merinduinya”.

jangan terlampau merinduinya

Komen Aaron di pos Preity. Sumber: Instagram, Diyana Halik


ISTERI ‘SOUND’ AARON DI INSTAGRAM


Memberi respons kepada gelagat suaminya, Diyana memberi amaran marah-marah manja kepada Aaron:


“Tadi kita panggil dia, kemain sibuk. ‘Nanti jap’ dia cakap. ‘Tengah settle stuff’.”


“Tak boleh lari la Malik…Cuti sudah habis bro. Orang tag sama gua. Lu jangan macam-macam Malik!!!”


Sidenote: Malik merupakan watak Aaron dalam filem KL Gangster.

Pasangan yang disukai ramai. Sumber: Instagram, Aaron Aziz

Pasangan yang disukai ramai. Sumber: Instagram, Aaron Aziz


Enggan menyerah kalah, Diyana menambah jika Aaron meminati Preity, dia pula favourite akan Lee Min Ho dan Rain.


Diyana dengan candinya turut meminta pencerahan daripada Ustaz Mutawwif Shafiq untuk membentangkan hukum terhadap sikap suaminya.


REAKSI WARGANET


Terhibur melihat reaksi Diyana, warganet, termasuk pelakon Nabila Huda, meninggalkan emoji ‘ketawa’ di bahagian komen.

Kupu_kupu
Warganet juga membahan Aaron

Warganet juga membahan Aaron.

Terhibur melihat reaksi Diyana, warganet, termasuk pelakon Nabila Huda, meninggalkan emoji ‘ketawa’ di bahagian komen

BAGAI PINANG DIBELAH DUA


Pasangan ini diijabkabulkan pada 2003 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.


Meski dilihat saling mengusik satu sama lain, kapel ini tidak pernah dilanda kontroversi.


Luahan wartawan: Boi degil kena sound ahakz xD Ni namanya understanding and tak controlling. Kalau suami/isteri minat kat artis mana ke apa, biarlah. Jangan dia main luar sudah huhu.


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Commentaires


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page