Gambar Pelajar Cilik Tular, Seragam Dikotori Lumpur Kerana Tiada Jalan Raya Sempurna
- Belalang Biru
- Jul 13, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 4, 2024

Meski perjalanan ke sekolah penuh liku, ia tidak menghambat seorang anak gadis daripada menimba ilmu.
Dua hari lepas, tular gambar-gambar ‘sebelum’ dan ‘selepas’ seorang murid.
Pada awalnya, kanak-kanak ini kelihatan kemas dan bersih dalam seragam sekolahnya.

Namun oleh kerana jalan raya di daerahnya tidak dibangunkan dengan sempurna, kanak-kanak yang menaiki motosikal bapanya untuk ulang-alik ke sekolah ini habis berlumpur.

Walau demikian, masih terukir senyuman di wajahnya.
REAKSI WARGANET
Kagum dengan kecekalan bapa kanak-kanak ini — yang bersusah payah mengharungi kesukaran demi masa depan yang cerah buat anaknya — warganet menyampaikan kata-kata semangat.

Sumber: Siakap Keli

Warganet juga berdoa agar anak gadis ini dapat membanggakan dan membalas budi ibu bapanya kelak nanti.



Sumber: Siakap Keli Press
Semoga cabaran yang dihadapi sekarang menjadi pemangkin untuk mengejar kejayaan.
Luahan wartawan: Susah macam ni pun tetap excited nak pergi sekolah. Yang kita-kita ni jalan raya teratur dan ada kemudahan macam bus, MRT, Grab pula tau nak complain jer. Ada jer yang tak cukup ?