top of page
Writer's pictureChap Chai

Gambar Paramedik Yahudi Dan Muslim Berehat Sambil Sembahyang Bersebelahan Tular, Dipuji Netizen


Paramedik Yahudi Dan Muslim Berehat Sambil Sembahyang

Dua anggota Magen David Adom (MDA), perkhidmatan tindak balas kecemasan Israel, berhenti seketika untuk solat. Mintz, seorang Yahudi, berdiri menghadap Baitulmuqaddis, shawl doa putih dan hitam yang tergantung di bahunya. Abu Jama, seorang Muslim pula berlutut menghadap ke Mekah di atas sejadah.


Bagi kedua-dua paramedik, bekerjasama dua atau tiga kali seminggu, sesi sembahyang bersama itu bukanlah sesuatu yang baru. Orang ramai mengambil inspirasi dari gambar tersebut di tengah-tengah pandemik dunia.

inspiration

Gambar dua lelaki itu ditangkap oleh seorang rakan sekerja tular meraih ribuan likes di media sosial dan muncul dalam liputan media antarabangsa termasuk NYtimes dan CNN.

di media sosial dan muncul dalam liputan media antarabangsa termasuk NYtimes dan CNN.

NYtimes

Warganet memuji persahabatan dua wira barisan hadapan ini dan menyatakan bahawa keharmonian antara pengganut agama yang berbeza amat dialu-alukan.


Warganet Instagram juga amat terharu dan menghargai mesej yang dipaparkan oleh kedua-dua medik tersebut.

Warganet Instagram juga amat terharu dan menghargai mesej yang dipaparkan oleh kedua-dua medik tersebut.

“Hakikatnya, kami mempercayai pada Tuhan yang satu. Saya percaya bahawa Zoher dan saya serta seluruh dunia memahami bahawa kita perlu sentiasa berdoa,” Mintz memberitahu CNN.

Zoher dan saya serta seluruh dunia memahami bahawa kita perlu sentiasa berdoa

Mintz seorang bapa kepada sembilan orang anak yang menetak di Be’er Sheva, berusia 42 tahun itu merupakan pekerja MDA sepenuh masa yang melatih sukarelawan.


Abu Jama, seorang bapa kepada tujuh orang dari bandar Bedouin Rahat yang berdekatan, adalah salah seorang sukarelawan. Beliau meninggalkan tugasnya sebagai pengajar memandu untuk membantu sebanyak mungkin sekarang.


“Saya percaya dia adalah orang yang mempunyai perasaan kehormatan terhadap orang ramai dan itu penting.”

Saya percaya dia adalah orang yang mempunyai perasaan kehormatan terhadap orang ramai dan itu penting

Selain kerja normal paramedik dan servis kecemasan, pasukan MDA bertanggungjawab menghantar pesakit koronavirus ke hospital atau ke hotel kuarantin yang ditetapkan, menjalankan ujian koronavirus, mengumpul derma darah dan banyak lagi. Awal bulan ini, mereka juga menjadi kakitangan stesen pengundian bagi mereka yang menjalani kuarantin diri.

Awal bulan ini, mereka juga menjadi kakitangan stesen pengundian bagi mereka yang menjalani kuarantin diri.

Ketua Pengarah MDA Eli Bin bersikap bangga apabila bercakap mengenai pasukannya, terdiri daripada 2,500 pekerja sepenuh masa dan 25,000 sukarelawan.


“Rakyat MDA menghadapi virus ini. Pekerja MDA menggabung tenaga dengan menggunakan tangan mereka dan sarung tangan mereka serta topeng mereka,” katanya kepada CNN. “Kami adalah wira Israel.”


Walaupun Mintz dan Abu Jama dilihat sebagai wira, mereka sedar akan tanggungjawab mereka.


“Semua orang takut dengan virus itu,” kata Mintz. “Begitu juga kita, tetapi kita mempunyai kepercayaan bahawa segala-galanya adalah di bawah kawalan Tuhan dan sentiasa diberkati-Nya. Kami berdua percaya ini.”


Abu Jama menyokong kata-kata temannya.


“Saya percaya bahawa Tuhan akan membantu kita dan kita akan melalui ini. Kita semua harus berdoa kepada Allah untuk menolong kami melalui ini, dan kita akan melalui krisis dunia ini.”


Luahan Wartawan: Jangan start agenda Yahudi bagai eh. Aku warning korang dulu.

Jangan start agenda Yahudi bagai eh

Artikel yang diterbitkan pada bulan Mac ini kini tular kembali sejak beberapa hari yang lalu.


I feel it symbolizes hope and the collective power of prayers in the global pandemic of 2020. As the year comes to a close, it is important to remind ourselves of our shared humanity regardless of what faith you hold on to, and how that helped us tide over an adversity together.

hope is necessary

Ia menunjukkan kepentingan akhlaq manusia dan aku rasa, tahun ni memang bagus untuk membersihkan diri, hati dan jiwa. A global lockdown will make you reevaluate what truly matters and sebagai orang yang berpegang kepada agama, aku rasa ramai yang telah mendekatkan diri kepada Dia.

aku rasa ramai yang telah mendekatkan diri kepada Dia

It is far from over but we made it through somehow.



Podcast Plan B minggu ini!




Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page