top of page
Writer's pictureLintah Darah

Gajah Mengandung Diberi Makan Bahan Letupan, Mati Berdiri Di Sungai


Gajah Mengandung Diberi Makan Bahan Letupan

Seekor gajah bunting mati di Kerala, India, 27 Mei lalu setelah memakan nenas berisi bahan letupan, yang didakwa diberikan oleh penduduk kampung berdekatan.


CARI MAKAN DI DAERAH PERKAMPUNGAN


Menurut pos pegawai hutan daripada Pasukan Respon Pantas Mohan Krishnan, gajah liar berkenaan telah keluar dari Silent Valley National Park (SVNP) ke kampung Malappuram untuk mencari makanan.


Ketika berjalan, gajah tersebut menerima nenas berisi bunga api oleh penduduk-penduduk di sana.

Why human, why?

Nenas berisi bunga api diberikan. Sumber: Twitter, Remics Comics


“Dia (gajah) mempercayai semua orang. Apabila nenas yang dimakan meletup, dia pasti terkejut dan fikirkan tentang keselamatan anaknya yang bakal dilahirkan dalam 18 hingga 20 bulan,” ujar Krishnan di Facebook.

Anak gajah juga maut

Anak gajah juga maut. Sumber: Facebook, Subrahmanian Santakumar


CEDERA


Gajah tersebut dikatakan terus berjalan di keliling kampung.


Meskipun kelaparan, gajah 15 tahun ini tidak dapat memakan apa-apa disebabkan kecederaan parah di mulut dan lidah.

Cedera parah

Cedera parah. Sumber: Facebook, Rajesh R


Walau bagaimanapun, gajah itu tidak bertindak secara ganas mahupun menyerang penduduk di sana.


“Dia tidak mencederakan sesiapa atau rosakkan mana-mana rumah meskipun berlari sepanjang kampung dalam kesakitan.


“Sebab itu saya kata, dia sangat murni,” catat Krishnan.


CUBA HILANGKAN KESAKITAN


Bagi melegakan keperitan, gajah ini membenamkan mulut dan belalainya dalam Velliyar River.

Cuba untuk melegakan kesakitan

Cuba untuk melegakan kesakitan. Sumber: Facebook, Mohan Krisnan


Berdiri berjam dalam sungai

Berdiri berjam dalam sungai. Sumber: Facebook, Mohan Krisnan


Menurut Krishnan, langkah ini mungkin juga dilakukan untuk menghindari lalat dan serangga lain daripada hinggap di lukanya.


USAHA MENYELAMATKAN


Dua pegawai hutan, bersama dua lagi ekor gajah tawanan, Surendran dan Neelakanthan, cuba untuk membawa gajah betina itu keluar dari sungai.

Dua gajah dikerah bagi membantu menyelamatkan gajah betina

Dua gajah dikerah bagi membantu menyelamatkan gajah betina berkenaan.Sumber: Youtube, NDTV


Malangnya, usaha mereka gagal.


“Saya rasa dia ada deria ke-enam. Dia tak benarkan kita untuk buat apa-apa,” hurai Krishnan.


Setelah berjam mencuba untuk menyelamatkan, gajah tersebut akhirnya mati pada 4 petang hari berkenaan, dalam keadaan berdiri dalam sungai.

Diheret keluar dari sungai

Diheret keluar dari sungai. Sumber: Youtube, NDTV


Gajah tersebut dibawa masuk kembali ke dalam hutan untuk dibakar (cremate).


“Dia layak menerima upacara pengebumian. Oleh itu, kami memuatkannya ke dalam lori untuk ke hutan.


“Jasadnya dibaringkan atas kayu api, di tempat dia membesar dan bermain,” kongsi Krishnan.


“Kami membakar unggunnya dan menunduk untuk memberi penghormatan terakhir.”

Upacara pembakaran

Upacara pembakaran. Sumber: Facebook, Subrahmanian Santakumar


REAKSI WARGANET


Susulan kematian gajah tersebut, warganet dari seluruh dunia menyeru agar pelaku diburu dan dibawa ke muka pengadilan.


Di samping itu, warganet turut menghasilkan karya lukis sebagai tanda hormat atas pemergian gajah berkenaan.





Pelakon Bollywood Anusha Sharma dan Alia Bhatt turut bersuara tentang kejadian ini.


Kes ini telah didaftarkan terhadap pesalah yang buat masa ini

Sumber: Instagram, Alia Bhatt


Kes ini telah didaftarkan terhadap pesalah yang buat masa ini, tidak diketahui.


Habuan RS 50,000 (SGD$926) ditawarkan buat sesiapa yang mempunyai informasi tentang pesalah.


Luahan wartawan: Fucker. Benci bodoh you didn’t have to feed her if you didn’t want to. Dia boleh cari makanan dia sendiri lah siak.  Kimais aku baca story gini aku ganggu sia.


Why??? Ni gajah ada susahkan kau pe? What kind of satisfaction do you get when you injure/kill animals? Dah lah banyak binatang sekarang endangered. Kau sedap-sedap bunuh ikut suka hati. Kau seksa tu elephant…All she wanted was to find food for herself and her baby.


If the pineapple was a trap and the elephant accidentally ate it, change the trap. It’s not humane at all. But if it’s done on purpose, when the perpetrator gets caught, suruh dia telan bom. Kasi mati, biar badan dia bersepah. Orang gini tak payah cremate. Kau humban terus dalam landfill.


Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comentários


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page