Foodpanda Mencari ‘Chief Makan Officer’, Tawar Gaji $5000, Kerja Reviu Makan
Foodpanda sedang mencari “chief makan officer” (CMO) yang pertama dengan gaji $5000 sebulan.
CMO akan berpeluang menikmati makanan dari lebih 15 000 restoran diseluruh Singapura. Sebagai CMO, pengembaraan makanan harus di rakamkan dan kisah mereka akan di kongsi di laman media sosial Foodpanda.
Gambar hiasan.
Selain itu, CMO juga akan ditugaskan untuk menggambarkan content bertema makanan dengan kreatif yang menampilkan persembahan dari kedai Foodpanda dan Pandamart.
Gambar hiasan.
CMO juga akan menikmati beberapa “perks” termasuk akses eksklusif ke restoran terpilih dan gudang Pandamart.
Beberapa syarat unik yang dinyatakan oleh Foodpanda termasuk:
“Sejarah makan semasa “lecture” akan dikira sebagai pengalaman yang relevan”
“Menunjukkan rekod posting bertema makanan yang menggiurkan”
“Metabolisme tinggi”
Namun, kontrak yang ditawarkan untuk peranan CMO hanya berlangsung selama tiga bulan.
Yang penting adalah pengalaman dan juga kesempatan untuk berkerjasama dengan Foodpanda.
Foodpanda memerlukan mereka yang berwarga Singapura ataupun PR dan komitmen selama 3 bulan bermula dari Jan 4, 2021.
Kalau ada yang berminat, boleh membuat permohonan dengan mengirimkan video satu minit melalui halaman LinkedIn Foodpanda atau melalui laman webnya.
Boleh buat video style MukBang juga.
Permohonan peranan akan dibuka mulai hari Selasa (1 Disember) dan akan berlangsung selama dua minggu hingga 15 Disember.
Menurut LinkedIn Foodpanda, sebanyak 18 orang telah memohon untuk menjadi CMO.
Luahan Hati Wartawan: Fuhh best ni. Kerjanya makan dan amek gambar makanan.
They should have a halal and non-halal CMOs.
Tapi kalau 3 bulan kerja dok mencekik je tak exercise, penyakit jugak tu.
Podcast Plan B minggu ini!
תגובות