top of page
Writer's pictureLintah Darah

Foodpanda Bakal Mempromosikan Pelbagai Khidmat Sepanjang Ramadhan


Foodpanda Bakal Mempromosikan Pelbagai Khidmat

Sepanjang bulan Ramadhan tahun ini, syarikat penghantaran makanan dalam talian foodpanda akan ke udara di podcast OKLETSGO.

Pertemuan para pengasas bersama OKLETSGO bersama wakil foodpanda

Pertemuan para pengasas bersama OKLETSGO bersama wakil foodpanda, Syahirah.


Berdasarkan perbincangan antara pengurus pemasaran dan perkongsian foodpanda APAC Regional Marketing Manager, Syahirah Abdul Rahman, bersama para pengasas bersama OKLETSGO pada 17 Februari lepas, foodpanda bukan ingin mempromosikan khidmat penghantaran makanan yang sedia ada sahaja.


foodpanda
Antara sajian yang boleh dipesan melalui aplikasi dan lelaman foodpanda

Antara sajian yang boleh dipesan melalui aplikasi dan lelaman foodpanda.


Peka akan penularan COVID-19 serta kemungkinan bahawa perniagaan bazar Ramadhan terpaksa dibatalkan, foodpanda turut memperkenalkan khidmat penghantaran barangan dapur.

foodpanda turut memperkenalkan khidmat penghantaran barangan dapur.
Pelbagai barangan dapur boleh dibeli dari aplikasi dan lelaman mesra pengguna foodpanda.

Pelbagai barangan dapur boleh dibeli dari aplikasi dan lelaman mesra pengguna foodpanda.


Dengan adanya 8000 penghantar di seluruh Singapura, foodpanda berhasrat untuk melangsaikan setiap pesanan yang diterima dalam lima belas minit untuk mempermudahkan persiapan berbuka puasa pelanggan.

Keperluan seharian, selain makanan, juga boleh dipesan melalui foodpanda

Keperluan seharian, selain makanan, juga boleh dipesan melalui foodpanda. Sumber: Foodpanda


Dek sistem efisien dan perkembangan yang pesat dan menyeluruh ini, foodpanda mereka kekal menjadi pilihan rakyat setempat sejak ia diperkenalkan di pasaran Asia Tenggara pada 2012.


Secara tidak langsung, foodpanda juga merupakan sebuah tandingan bagi kedai runcit dalam talian lain seperti Redmart.

Pasaran khidmat penghantaran dalam talian semakin sengit

Pasaran khidmat penghantaran dalam talian semakin sengit. Sumber: Redmart


Di samping itu, foodpanda juga mengemukakan beberapa lagi idea kolaborasi bersama OKLETSGO seperti perniagaan ‘merchandise’, usaha ‘give back’ serta penggunaan ‘promo code’ khas buat pendengar OKLETSGO.


Idea-idea tersebut masih dalam perbincangan. Nantikan laporan terbaru di sini.

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page