top of page
Writer's pictureLintah Darah

Filipina Sertakan Sabah Sebagai Sebahagian Peta Mereka, Timbulkan Amarah Malaysia


Filipina Sertakan Sabah Sebagai Sebahagian Peta Mereka

Sumber: Philippine News Agency

Satu persetujuan rang undang-undang baru telah membenarkan peta Sabah dicetak sebagai sebahagian dari peta pasport negeri itu.


Perkembangan terbaru ini amat mengejutkan warga negara Sabah khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

wow
Zerox Kai
Chye Seng
Mohamad Rafiq Abdul Razak

Menurut Jawatankuasa Urusan Luar Negeri Filipina, mereka mahu menekankan dan menegaskan “kemenangan mereka di Laut Filipina Barat ke atas China dalam Tribunal Timbang Tara Antarabangsa di Hague, Belanda; dan hak hukum dan sejarah mereka ke atas Sabah”, menurut laporan CNN Philppines.

Menurut Jawatankuasa Urusan Luar Negeri Filipina

Sumber: Sunstar


Wakil bandar Cagayan de Oro, Encik Rufus B. Rodriguez yang bertanggungjawab merangka rang undang-undang tersebut, menekankan bahawa ia merupakan satu penyataan yang jelas tentang kedaulatan mereka ke atas laut Filipina Barat.

Astro Awani

Sumber: Twitter / Astro Awani


Ini bukanlah kali pertama Filipina telah menuntut wilayah Sabah sebagai sebahagian daripada Filipina. Hanya bulan lalu, Setiausaha Hal Ehwal Luar Negera Filipina, Encik Teodore Locsin Jr, telah menyatakan dalam akaun Twitternya bahawa “Sabah bukan di Malaysia,”


Kenyataan ini tidak disambut baik oleh Setiausaha Hal Ehwal Luar Negara Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang membalas bahawa “kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan Filipina.”

Kenyataan ini tidak disambut baik oleh Setiausaha Hal Ehwal Luar Negara Malaysia
maps Malaysia dan Filipina

Sumber: SCMP


Menurut sejarah secara ringkasnya, Sabah pernah di bawah naungan Kesultanan Sulu pada kurun ke-18. Namun, pada 1878, mereka telah menandatangani hak wilayah kepada North Borneo Chartered Company (NBCC). Namun, Filipina masih bertegas bahawa Kesultanan Sulu masih mempunyai kedaulatan ke atasnya.


Luahan wartawan: Lu tak gentle lah, beb! Seriously, perkara seperti ini, yang dah tahap international, bukan bahan gurau lagi. Kalau setakat nak claim makanan itu ini, budaya itu ini, sesungguhnya kita masih serumpun – nusantara.

Kalau setakat nak claim makanan itu ini, budaya itu ini, sesungguhnya kita masih serumpun – nusantara

Tapi ini dah langgar sempadan sekali. Kata orang, terlajak perahu masih boleh gostan, terlajak kata, terompah lu makan!

Kata orang, terlajak perahu masih boleh gostan, terlajak kata, terompah lu makan

Sumber: Youtube


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page