Fariz Jabba Bergabung Dengan ‘Haters’ Di Twitter
“LOL kalau kau nak cakap aku copy kau, kau world bro.”
Tweet oleh rapper setempat Fariz Jabba kepada Omar Kenobi, juga seorang rapper, pada 30 Mac telah mengkucar-kacirkan keadaan di Twitter.
Omar dikatakan telah ‘meniru’ idea Fariz untuk memuatnaikkan video rap mengenai perintah duduk di rumah.
Lantaran itu, para pengikut mereka mula menjadikan ‘beef’ tersebut sebagai bahan hiburan.
Ada yang memilih pihak dan cuba untuk mengapi-apikan lagi situasi tersebut.
Ada pula yang cuba menenangkan keadaan.
Akan tetapi, serangan demi serangan tetap diacukan terhadap satu sama lain.
Secara tak langsung, Tweet Omar menyifatkan Fariz sebagai seorang ‘sore loser’.
Namun, segala ketegangan dileraikan setelah Fariz dan Omar, yang sebenarnya kawan baik, mengumumkan bahawa adegan tersebut merupakan ‘prank’ sempena April Fools. Gotcha!
Sumber-sumber: Fariz Jabba
“Kami saling menyayangi.”
Rupa-rupanya, ia bukan sekadar ‘prank’ sahaja.
Malah, ia merupakan sebuah ‘marketing strategy’ untuk mempromosikan single terbaru mereka, ‘Kalah’.
“‘Kalah’ adalah lagu yang penuh dengan lirik-lirik kelakar. Dan dalam beberapa jam sahaja, lagu tersebut sudah pun siap.
“It sounded cool, sounded nice and sounded right. It’s fresh.”
Ia sebuah lagu yang tidak pernah dilakukan oleh penyanyi rap dan hip-hop Melayu,” jelas Fariz yang mengatakan dia dan Omar sedang ‘having fun’ ketika membuat lagu tersebut.
Teaser!
Walau demikian, Fariz dan Omar mengambil masa enam bulan untuk mengeluarkan lagu di pasaran.
Sumber: Giphy
“Saya tak nak keluarkan lagu ala kadar. Sebelum mengeluarkan sebarang lagu, saya sendiri akan dengar lagu itu berulang kali.
“Ada beberapa lagu yang saya tidak keluarkan. Sebab kalau saya sendiri naik boring dengar lagu sendiri, apatah lagu pendengar di luar sana?” jelas Fariz, 24 tahun, yang berharap agar lagu-lagunya dapat menjadi ‘klasik’ di kalangan penggemar genre rap dan hip-hop.
Sumber: Giphy
Pada masa yang sama, dengan daya kreatif pengarah setempat, Jasper Vadbibes, sebuah ‘music video’ (MV) berkonsepkan ‘dua penipu pada zaman 80-an yang menjual barang kepada penduduk sekeliling’ juga dihasilkan.
Sumber: Bandwagon Asia
Pengarah Jasper Tan juga dikenali sebagai Vadbibes
Meskipun banyak tenaga dan masa telah diluangkan untuk menghasilkan single ketiganya, Fariz ‘tidak mengharapkan apa-apa daripada para peminat’.
Sumber: Giphy
“Jika pendengar suka dan dapat menghayati lagu tersebut, kongsilah bersama rakan-rakan.
“Kalau tak suka, tak apa. Saya akan cuba lagi. Mana tau, mereka akan suka lagu seterusnya?
“I’m not trying to please everybody. I just want people to see the positive side of it and have fun with the song.” — Fariz Jabba, 2020
Nantikan single ‘Kalah’ di Spotify, Apple Music dan YouTube pada 10 April ini.
Kalau takut terlupa, anda boleh ‘set reminder’ menerusi lingkaran https://lnk.to/KalahPremiere.
Comments