Fanpage Berkongsi Kegagalan Memasak Tular
Ramai antara kita yang terperangkap dalam rumah sedang mencari hobi dan kemahiran baharu untuk mengisi masa lapang.
Dan pastinya, majoriti mula berjinak-jinak di dapur, mencuba resepi inovatif ala-ala Master Chef.
Akan tetapi, realitinya, memasak bukanlah sesuatu yang mudah.
Buktinya ada di laman Facbook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official’.
1) KEK KUKUS BELAH TIGA
“Niat di hari nak buat kek kukus, sekali terbelah tiga,” kata Nor Fadilah Zainal Abidin di laman tersebut.
Dia turut menyertakan video yang berbunyi:
“Alhamdulillah!!! He he he he!!! Eh eh eh!!!”
Di saat ‘Eh eh eh’ itulah, kek terbelah.
Malah, Fadilah cuba untuk menyatukan kembali kek itu namun gagal.
Lihat video penuh:
2) KEK PADDLEPOP RENTUNG
Sebelum bakar, tiga warna. Lepas bakar, jadi hitam.
Itulah nasib Juliana Abdullah yang cuba membuat kek warna-warni. Katanya:
“Satu colour pon dia tak izinkan..”
Mohon tabah dan cuba lagi, sis.
3. BISKUT DATO’ SERI VIDA
Meskipun ia berlaku pada 2018, Izzara Qaisara masih terganggu dengan hasil air tangan adiknya yang cuba membuat biskut ‘alien’.
“Dari semalam tidur tak lena dek melihat pos-pos dalam group ni…Memang menghantui betul.. Haha.. So dengan itu.. Saya juga ingin menghantui hari anda semua dengan hasil air tangan adik saya yang berlaku pada tahun 2018,” kata Izzara dalam perkongsiannya di Facebook.
“Sempena ramadhan yang bakal tiba, mungkin ada yang nak start buat biskut raya kan… So lihatlah di bawah utk dijadikan batu meloncat… Biskut alien..Ini baru betul2 alien….?”
The similarity is uncanny kata orang…CIK B SAYANG MAMA
4. BLENDER TERMUNTAH
Asbab tutup blender tercabut, Alvie Achmad Rochis sangkakan blendernya bertukar menjadi Hulk.
“Buat apam hijau konon, nak menjadi mesti perapkan…nak perap tapi terlupa tuang kat bekas.
“Lepas tu buat la kerja lipat kain sambil main handphone ? terdengar lah bunyi macam meletup dan benda jatuh…Kita relax je coz budak2 depan mata, rasa lega tiada benda yang bahaya.
“Time nak gi dapur, terkejut den ? Ternampak tutup blender tu kat lantai? rupanya BLENDERku DAH JADI HULK yg termuntah hijau…????”
Alvie mengakhiri posnya dengan #Bilabuatkerjahabiskankerjatuuu bagi mengingatkan orang ramai agar jangan buat kerja setengah jalan.
5) DONUT DEPRESSED
Jarang-jarang nampak donat ada tiga lobang.
Menurut pembuat kuih amatur Salmah Wan Mat Alie, dia sebenarnya berhasrat untuk membuat donat berwajah semasa tempoh awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Memang tak disangkal, ada rupa wajah. Tapi donat tersebut kelihatan depressed…
“Teringat mula-mula PKP hari tu?? Aku jarang buat kuih wehhhh, konon nak buat muka, lain dari donut biasa ada lobang tengah?
Dahlah kena kuarantin ni, makanan ponn buat sendiqhi (sendiri) laa naaaa? Tapiiiii???”
Pada akhir pos tersebut, seperti wajah donatnya, Salmah juga berasa depressed.
6) ONDEH-ONDEH BATU
“Keras, macam batu” kata Nurussalam Ahmad sambil membaling-baling ondeh-ondehnya.
Meskipun dilempar, dipicit dan dihenyak, ondeh-ondehnya tetap tidak pecah.
Mesti pakai barang ni!
Lihat video penuh:
Untuk melihat lebih banyak bahan kekek, sertai laman Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official di Facebook. Kalau korang nak post ‘fails’ korang pun boleh!
Luahan wartawan: Tak tau nak kesian ke ketawa. Itulah sebab aku tak pergi dapur masa CB sebab aku tak nak malu sendiri. Memang sendiri masak sendiri makan tapi it upsets me.
Rasa macam failure kalau apa yang aku masak tak menjadi. Aku lagi rela spend $10 on delivery atau tahan lapar sampai mak aku panggil untuk makan
Tapi kepada korang yang gigih mencuba, teruskan usaha korang. Semoga suatu hari nanti masakan korang jadi sedap dan tak nampak disgusting. Aku doakan korang semoga berjaya.
Opmerkingen