Elizabeth Tan Memohon Maaf Kepada Followers Setelah Berkahwin, Ribuan Lelaki Terkilan
Banyak hati jejaka-jejaka nusantara berkecai baru-baru ini setelah beberapa gadis idaman mereka seperti Mira Filzah dan Hannah Delisha menamatkan zaman bujang mereka.
Kini, ramai lagi jejaka-jejaka akan menjadi ‘heart-broken’ setelah penyanyi dan pelakon jelita, Elizabeth Tan juga mengesahkan dia sudah bergelar isteri kepada ahli perniagaan bernama Siew Jim, 30, semalam.
Sumber: myartis.com
Pengesahan dari Elizabeth Tan itu dibuat setelah beberapa keping gambar dirinya memakai busana pengantin menular di media sosial, terutamanya di lelaman Facebook bapanya, David Tan Suan Chew yang memuatnaikkan gambar majlis tersebut yang berkapsyen: “Anak perempuan terakhirku,”
Sumber: Twitter – @justcallemchrissy
Menurut laporan berita tempatan, Elizabeth memohon maaf kerana berita ini menjadi tular di media sosial sebelum sempat dirinya mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Lizzy minta maaf sangat. Sebenarnya saya memang rancang nak umumkan hal ini kepada semua apabila sudah benar-benar bersedia.Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan ini kerana pada saya, ini adalah isu kecil sahaja. Gambar dan video yang tersebar mengatakan saya sudah berkahwin adalah benar. Majlis semalam adalah sangat ‘intimate’ dan dibuat secara sederhana sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri 10 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat,”
Ruangan komen di lelaman Facebook Harian Metro yang menukil kisah ini penuh dengan luahan jejaka-jejaka yang telah ‘heart-broken’ setelah mendengar berita ini.
Sumber: Facebook, Harian Metro
Ramai juga yang membuat spekulasi bahawa gadis mana pula yang akan menjadi ‘target’ baru jejaka-jejaki ini setelah Mira Filzah, Hannah Delisha dan kini Elizabeth Tan sudah berkahwin.
Sumber: Facebook, Harian Metro
Namun begitu, satu nama sering timbul yang mungkin boleh mengubati keretakan hati jejaka-jejaka itu.
Sumber: Facebook, Harian Metro
Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Elizabeth Tan dan suaminya atas perkahwinan dan rumahtangga yang bakal dibina!
Luahan Wartawan: Sekarang ni zaman artis-artis kahwin mengejut eh? Tapi in a way bagus juga la kan takde gossip takde apa terus kahwin, maknanya they really keep their personal life well hidden. Apa-apapun, congrats to Lizzy and her husband!
Yang lain tu, jangan patah hati sangat. Ramai lagi ada kat luar tu, jangan asik nak tengok yang kat TikTok je.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments