top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Dzar Ismail Memaafkan Pemilik Blog


Dzar Ismail Memaafkan Pemilik Blog

Dzar Ismail

Podcaster OKLETSGO, Dzar Ismail, memaklumkan kepada newsdesk bahawa dia telah menerima surat permohonan maaf dan akujanji daripada pemilik blog Pengkritik Sandiwara, Muhammad Edrie Rizwan Abd Mutalib.

surat permohonan maaf

Sumber: Dzar Ismail


Surat tersebut dikeluarkan setelah Dzar mengambil tindakan guaman atas Edrie, yang melabel Dzar sebagai ‘transfobik’ pada 20 Januari lalu.


Menurut surat permohonan dan akujanji tersebut, Edrie mengaku bahawa dia telah menuduh Dzar tanpa asas di mana ia telah menjatuhkan maruah pengasas bersama OKLETSGO itu.


Edrie turut menambah bahawa dia berjanji tidak akan melontar tuduhan sedemikian rupa pada masa akan datang.


Apabila newsdesk menghubungi Dzar, dia hanya berkata:


“Saya menerima pemohonan maaf daripada pemilik blog Pengkritik Sandiwara. I have put this incident behind me, let us move on.”


Nampaknya kes ini sudah selesai. Semoga kedua-dua pihak dapat berdamai.


Anda boleh baca artikel yang lepas disini.


Ada cerita panas atau video viral? Hubungi kami di lelaman rasmi Facebook, Instagram dan Telegram kami di OKLETSGO!

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page