Dzar Ismail Ambil Tindakan Guaman Terhadap Pemilik Blog
Pengasas bersama podcast terkemuka OKLETSGO, Dzar Ismail, mengambil tindakan guaman terhadap Muhammad Edrie Rizwan Abd Mutalib, pemilik blog Pengkritik Sandiwara, pada 20 Januari atas kesalahan menuduh.
Saluran satira tersebut merungkai topik-topik sensasi dan hal-hal yang tular di media sosial, khususnya tentang artis tanah air.
Malah, rencana-rencana yang dimuatnaikkan acap kali berbaur sinis dan berat sebelah. Misalnya, Fakkah Fuzz dipersenda pada 21 November 2019 semasa pelawak tersebut menjalankan sesi ‘Q&A’ di Instagramnya.
Berikut merupakan sebahagian daripada artikel Edrie.
Sebagai seorang ‘intelek’, Edrie kerap menyelitkan sindiran untuk mengutuk seseorang.
Namun kebelakangan ini, dia lebih berani memuatnaikkan bahan-bahan ‘raw’.
Contohnya, penulis ini mencaci Aliff Aziz di Twitter (@Penkritique) lantaran kontroversi yang baru menimpa Aliff.
Dia seolah-olah menggunakan kejatuhan Aliff untuk menaikkan namanya, bukan?
Tapi sebaliknya, akaun Twitter tersebut cuma mempunyai 316 pengikut sejak ia dibuka pada September 2015.
Malahan, lelaman hiburannya itu hanya meraih 213,350 pembaca sejak Jun 2015.
TINDAKAN GUAMAN DZAR TERHADAP EDRIE
Pada 19 Januari, Dzar menaikkan Tweet di Twitter (@DzarIsmail) bagi menyuarakan pendapatnya tentang make-up artis Amerika Syarikat, Nikkie Tutorials yang baru-baru ini mengumumkan bahawa dirinya itu sebenarnya transgender.
Akan tetapi, Tweet berikut disalah faham Edrie. Lantas, dia menyifatkan Dzar sebagai ‘transfobik’.
Kenyataan Edrie disanggah Dzar, yang menganggap dakwaan Edrie keterlaluan.
Sebaliknya, Edrie terus mengutuk Dzar dan bertengkar pula dengan warga net yang cuba mempertahankan Dzar.
Angkara ini, Dzar melantik Abdul Rahman Law Corporation untuk menjalankan tindakan guaman terhadap Edrie pada keesokan harinya atas dakwaan palsu dan tidak berasas.
Dzar turut menambah bahawa tindakan Edrie di laman sosial tersebut telah mengakibatkan rasa malu, tersinggung dan stres.
Sumber: Dzar Ismail
Sebelum ini, Edrie turut mengutuk OKLETSGO dan menyifatkan mereka sebagai lelaki yang tidak menghormati kaum wanita.
Menurut wawancara bersama Dzar, dia telah lama ‘tahan’ dengan tohmahan yang dilontarkan terhadapnya. Namun, dia merasakan bahawa karenah penulis tersebut kali ini telah melampaui batasan.
Perbualan bersama Dzar
AMARAN BUAT EDRIE
Lantaran itu, Edrie dikehendaki memadam Tweet berkaitan dengan isu tersebut dan untuk mengeluarkan surat permohonan maaf.
Setakat ini, pada sekitar 6 petang, dia telah membawa turun tweet-tweet berkenaan. Pihak Dzar masih menantikan surat pemohonan maaf.
Artikel ini merupakan pendapat wartawan. Ia mengandungi komen berpatutan.
Comments