top of page

Dulu Mak Tiri, Sekarang Isteri, Niat Berkahwin, Jadi Realiti

Updated: Apr 4, 2024


Dulu Mak Tiri Sekarang Isteri

Setelah berpisah dengan bekas suaminya, seorang influencer Rusia nekad berkahwin dengan bekas anak anak tirinya pula — yes, dia kahwin dengan ex-hubby dia punya anak.

Dulu mak, sekarang isteri. Dulu anak, sekarang suami

Dulu mak, sekarang isteri. Dulu anak, sekarang suami. Sumber: Instagram


Marina Balmasheva, 35 tahun, dan bekas anak tirinya, Vladimir ‘Vova’ Shavyrin, 20 tahun, mendirikan rumah tangga minggu lalu setelah menguar-uarkan perancangan mereka untuk bersatu tahun lepas.


MAJLIS SEDERHANA

Perkahwinan mereka, yang diadakan secara (amat) sederhana di pejabat pendaftaran

Sumber: Instagram


Perkahwinan mereka, yang diadakan secara (amat) sederhana di pejabat pendaftaran, diumumkan menerusi Instagram pada 11 Julai.


“Kami pandu ke pejabat pendaftaran. Saya tak bawa sikat pun bersama. Cincin diletakkan dalam kereta. Perasaan kami baik hari itu tetapi sedikit malu.


“Selepas itu, kami tukar kepada baju pengantin dan adakan resepsi di sebuah restoran bersama beberapa tetamu,” tulisnya di Instagram.

BAKAL MENIMANG CAHAYA


Pasangan ini turut berkongsi bahawa mereka bakal bergelar ibu dan ayah.

Kandungan Marina kini berusia 12 minggu dan mereka bercadang untuk berpindah ke kota lebih besar.

kiss

Sumber: Instagram


LATAR BELAKANG


Terdahulu, hubungan Marina bersama bekas suaminya Alexey Shavyrin, 45 tahun, kekal selama 10 tahun sebelum mereka bercerai.


Mereka mempunyai lima orang anak angkat yang kini diletakkan di bawah jagaan Alexey.

Mereka mempunyai lima orang anak angkat yang kini diletakkan di bawah jagaan Alexey.

Sumber: Instagram


Menurut Marina, dia dan suaminya tidak lagi berhubung bersama Alexey dan mengesyaki bekas suaminya, yang kini merupakan bapa mertuanya, “tidak suka perkahwinan mereka”.


Luahan wartawan: Huh? So sekarang dia akan panggil bekas laki dia dah jadi pangkat FIL? Abeh anak angkat dia nak anggap dia apa? Mother ke sis? Tak pelik ke…Anak dia tak rasa disgusted ke ?


Sakit otak aku fikirkan benda ni. Macamlah satu Russia cuma tinggal SATU jer lelaki ??‍♀️ And macamlah Russia takde perempuan lain selain bekas mak tiri dia ??‍♀️


Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2024 - PLANB MEDIA

bottom of page