Dulu Kerja Pengangkut Sampah, Kini Dapat Masuk Havard
Seorang pengangkut sampah di Maryland ditawarkan tempat di Harvard Law School setelah menghadapi pelbagai cabaran dalam hidupnya.
Rehan Staton, 24 tahun, menjadi inspirasi buat ramai di luar sana. Walaupun mempunyai isu kewangan dan kecederaan sukan yang meragut peluang beliau untuk menjadi peninju profesional, Rehan tetap teguh dan tidak berputus asa.
Setelah ibunya meninggalkan keluarga mereka 16 tahun dahulu, Rehan memahami keperitan bapanya bekerja demi mencari sesuap nasi buat mereka dua beradik.
Sebagai seorang pelajar cemerlang di sekolah menengah, Rehan mengharapkan biasiswa sukan untuk melanjutkan pelajarannya. Namun kecederaan parah di bahu beliau semasa latihan menghancurkan impiannya.
Setelah ditolak oleh beberapa kolej, Rehan terpaksa bekerja sebagai pengangkut sampah untuk menolong bapanya. Beliau memulakan harinya pada jam 4 pagi setiap hari dan tidak lama kemudian, kisah kecemerlangannya menjadi perbualan antara rakan-rakan sekerja.
Rehan mendapat perhatian Brent Bates, salah seorang anak kepada tauke syarikat pembersihan itu. Brent menolong Rehan untuk mendapat tempat di Bowie State University, di mana beliau mendapat GPA 4.0 sebagai pelajar tahun pertama. Beliau memutuskan untuk ke fakulti guaman pada akhir tahun kedua di universiti tersebut.
Sumber: Twitter
Rehan mengatakan bahawa kesusahan dalam hidupnya membawa hikmah. Beliau dapat memahami erti kesusahan dan menikmati sukses hasil titik peluhnya kerana kepercayaan orang sekeliling terhadapnya.
Luahan Wartawan: Kata orang, kalau nak seribu daya.
Aku kagum dengan Rehan. Dia tabah dengan setiap cabaran yang dilemparkan terhadapnya.
Imagine having your dreams of playing professionally dashed because of a shoulder injury. That is enough to make anyone go on a downward spiral and give up.
Aku faham struggle dia, aku boleh relate. Aku pun pernah dalam kesusahan dulu. But I believe that every struggle has its lessons. It teaches you the value of resilience and hardwork.
Abeh terpaksa kerja sebagai trashman. Even though the pay range for sanitation workers is higher in other countries, siapa yang sanggup nak buat?
Like he said, he had “to go to the ‘bottom’ of the social hierarchy — that’s to say formerly incarcerated sanitation workers — in order to be uplifted.”
Aku respek sesiapa sahaja yang sanggup bekerja keras untuk mengecapi impian mereka. If you understand the value of your dream, you will do whatever you can to reach it.
And of course, a good support system helps.
Comments