Dulu Ejek Apple Sebab Jual Charger Berasingan, Sekarang Samsung Bakal Lakukan Yang Sama
Langkah Apple ‘membuang’ charger dari pakej penjualan iPhone terbarunya menjadi bahan ejekan oleh saingan hebat mereka, Samsung.
Sumber: Facebook, Samsung
Namun, menurut laporan daripada beberapa pihak di Korea Selatan, Samsung juga akan mengikut tindakan Apple itu bermula tahun depan.
Alasannya buat sedemikian? Ia lebih baik untuk alam persekiratan.
Apple:
Menurut kajian yang dibuat Samsung, seorang yang akan membeli telefon bimbit bijak yang terkini adalah pengguna yang sudahpun memang menggunakan handphone Samsung ataupun pengguna yang sudah lama memakai handphone Android.
Oleh itu, besar kemungkinan mereka sudah memiliki beberapa charger USB-C yang juga digunakan oleh kebanyakkan handphone Android berjenama lain seperti Huawei, Sony dan lain-lain).
Setiap charger dibuat oleh plastic, wayar tembaga, logam dan getah. Dengan ‘membuang’ charger ini daripada pakej penjualan, Samsung dapat membantu mengurangkan pembaziran dengan ketara.
Namun, Samsung belum lagi melepaskan apa-apa kata rasmi tentang hal ini.
Luahan Wartawan: DAH TAU NYA! Samsung did the same when Apple first had the notch on the iPhone. Lepas tu, bila Apple removed the headphone jack, Samsung pun ikut. Now, it’s the charger issue. And paling kelakar is what? Every single time Samsung NEVER fail to ejek and make fun of Apple but nanti end up ikut buat benda sama juga! And their reasoning is always EXACTLY what Apple said as well. Last-last termakan kata sendiri.
One more time for the Apple fans at the back:
P.S. I’m both an Apple and Android user so I don’t get too embroiled in Apple VS Samsung/ Android. Cuma I do get annoyed at Samsung’s mocking of Apple but end up dorang pun dua kali dol juga.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments