Duet Elfee Dan Ayahnya, Menghiburkan Hati
- Lintah Darah
- May 18, 2020
- 2 min read
Updated: Apr 9, 2024

Mulanya, dia cuma berhasrat untuk mengemas rumah ibu ayahnya memandangkan Aidilfitri bakal menjelang.
Tiba-tiba terlintas pula idea untuk membuat cover bersama ayahnya, legenda Malaya, Encik R. Ismail.
Mendendangkan lagu klasik lebaran ‘Suara Takbir’, gabungan penyanyi setempat Elfee Ismail bersama ayahnya menjana 1.3 ribu kongsian sejak ia dimuatnaikkan di laman Facebook Elfee kelmarin (16 Mei).
“Tak dirancang sebenarnya. Selepas berkemas, terasa pula untuk bernyanyi dengan ayah saya.
“Bila saya ajak dia untuk membuat rakaman, terus dia sarungkan baju!” seloroh Elfee.
THE ISMAILS

Sumber: Elfee Ismail
Keluarga berbakat.
Meskipun sudah lanjut usia, Encik R. Ismail, 83 tahun, masih mempunyai ramai peminat.


Bahkan, suaranya juga kekal chai hingga ke hari ini.
Disebabkan itu, penyanyi veteran ini yang cukup terkenal pada zaman 60-an dengan lagu Gurindam Jiwa, masih dipanggil untuk membuat persembahan di kelab-kelab masyarakat (CC) dan saluran televisyen nasional.

Sumber: MuzikNusantara
Encik R. Ismail bersama Allahyarhamah Datin Raefah Buang menjayakan lagu Gurindam Jiwa pada 1966.

Dia juga dikenali dengan lagu-lagu Seri Mersing, Gelombang dan Laila Majnun.
Ada kalanya, Encik R. Ismail juga berkesempatan untuk mengongsi pentas bersama Elfee dan Iskandar Ismail (Eiss Ismail), anak kedua dalam keluarga itu.

Sumber: Mediacorp
Persembahan (dari kiri) Eiss, Encik R. Ismail dan Elfee di rancangan Sinar Lebaran 2017
“Tahun ini, ayah saya sebenarnya diundang untuk membuat persembahan di CC. Tapi disebabkan COVID-19, persembahan tersebut ditiadakan,” kongsi Elfee selaku ‘pengurus’ ayahnya.
Malahan, Elfee juga senasib dengan ayahnya.
Dengan pembatalan tujuh persembahan, peluang untuk mendapat duit tambahan sebanyak $8000 tidak menyebelahi Elfee tahun ini.
Mujur, mata pencarian Elfee kekal stabil dek pekerjaannya sebagai pegawai import export.

Be resourceful like Elfee. Jangan harapkan duit gahmen jer.
TETAP AKAN MENGHIBURKAN PENONTON

Jangan bersedih.
Walaupun anda tidak dapat melihat Elfee dan Encik R. Ismail secara live tahun ini, mereka tetap akan menghiburkan hati anda.
Nantikan cover ‘Musafir Aidilfitri’ anak dan ayah pula di Facebook Elfee minggu ini!
Jika anda mahukan gabungan abang dan adik, tekan di sini.
Wartawan telah memberikan cadangan kepada Elfee untuk muat naik cover baharu bersama Eiss, mahupun cover bertiga.
Malangnya, Eiss tidak mempunyai Smule dan Elfee tidak tahu menggunakan Zoom.

Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...