dUck Menarik Balik Koleksi Tali Leher Sutera Untuk Lelaki Setelah Maklum Balas
- Belalang Biru
- Jun 19, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 5, 2024

dUck menarik balik tali leher “Marvel” mereka apabila netizen mengemukakan soalan tentang penggunaan kain sutera untuk kolaborasi tersebut.
Koleksi tali leher bertemakan Marvel edisi terhad yang berharga RM300 sehelai tersebut di reka khas untuk Hari Ayah. Namun penjualannya telah di hentikan dengan serta merta setelah menerima “backlash” online.
dUck meminta maaf kerana terlepas pandang akan material yang digunakan untuk mereka tali leher tersebut dan memulangkan wang para pelanggan yang telah menempah koleksi itu.
Mereka juga membuat keputusan untuk menghadiahkan koleksi tali leher tersebut kepada pekerja barisan hadapan yang bukan beragama Islam.

Warganet mempersoalkan sikap alpa Vivy Yusuf selaku pemilik syarikat melayu Islam dalam pemilihan kain sutera buat koleksi tali leher yang ditujukan pada kaum lelaki. Lelaki diharamkan memakai kain sutera tulen dalam hukum Islam.


Namun begitu, ada juga yang memberi semangat kepada dUck untuk terus memberi khidmat terbaik buat pelanggan mereka.

Luahan Wartawan: Aku rasa dia patut buat proper research sebelum mereka apa-apa pun, bukan ciplak je.

Kata dia involved in all aspects of design tapi macam mana boleh terlepas pandang bab material yang digunakan? Pure silk and gold is haram for men to wear.

Tapi yang buat aku stress is the creases in the ties. Kalau ya pun, gosok la sebelum post online. It looks cheap, not like pure silk as it is claimed to be.

At RM300 per tie, kalau aku tengok ronyok macam tu, kirim salam je. Presentation is very important in marketing.
Wasted, what could have been an extraordinary collaboration with Marvel jadi controversy.

Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...