Dua Pemegang Ijazah Warga Malaysia Memilih Untuk Bertugas Sebagai Pemungut Sampah Di Singapura
Dua rakyat Malaysia yang merupakan pemegang ijazah dilaporkan memilih untuk kerja sebagai pengutip sampah di Singapura.
Sumber: Facebook, Michelle Lim
Muhammad Khidir Samsudin atau lebih mesra dengan panggilan Eday, dan rakannya Mohd Yuamirul Che Yussoff baru-baru ini tular di media sosial selepas memulangkan sebuah iPad Pro milik seorang wanita warga Singapura yang dibuang ke dalam tong sampah secara tidak sengaja.
Pemilik iPad berkenaan berkongsi perkara itu menerusi laman Facebook baru-baru ini dan mengatakan bahawa kedua-dua pemuda itu rajin dan sungguh jujur dan rendah diri.
Sumber: Facebook, Michelle Lim
Eday yang berasal dari Batu Pahat, Johor ketika dihubungi oleh Bernama memaklumkan dia memiliki ijazah dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sains Pembangunan.
Sumber: Sumber: babab.net
Apabila ditanya mengapa tidak melakukan kerja yang sama di Malaysia, Eday mengakui mengambil kira mata wang Singapura yang lebih kukuh. Menurutnya, gaji sebulannya sebagai pengutip sampah melebihi gaji eksekutif muda di Malaysia.
Beliau bercadang untuk menimba pengalaman dari bawah dalam sector pengurusan sisa selama 3 tahun kerana ingin memahami proses kerja dan lebih menghargai orang bawahannya satu hari nanti apabila beliau kembali ke Malaysia.
Luahan Wartawan: Dua pemuda yang very humble and amazing. Dorang don’t mind starting from the bottom to learn the ropes before pelan-pelan naik walaupun they already have the paper qualifications. And so honest also! Kalau orang lain, da lesap da agaknya iPad tu…
Podcast Plan B minggu ini!
Comments