top of page

Dr Mahathir Dipecat Oleh Parti Yang Beliau Sendiri Tubuhkan

Updated: Apr 8, 2024


Dr Mahathir Dipecat

Parti politik Malaysia, Bersatu, telah melucutkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi Anggota Parlimen (AP) pada 28 Mei (Khamis) setelah mereka enggan memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), yang diketuai Muhyiddin Yassin, semasa persidangan Parlimen pada 18 Mei (Isnin).


Menurut surat yang ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu Muhammad Suhaimi Yahya, keputusan tersebut dibuat di bawah Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti tersebut.


“Melalui notis bertarikh 15 Mei 2020 YB Tun memaklumkan kedudukan kerusi YB Tun di Parlimen adalah di blok yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden/Pemangku Pengerusi Bersatu.


“Maka dengan ini, dimaklumkan bahawa menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), keahlian YB Tun dalam BERSATU adalah terhenti serta merta.”


Naib-presiden dan AP Jerlun, Mukhriz Mahathir, AP Kubang Pasu Amiruddin Hamzah, AP Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan AP Simpang Renggam AP Maszlee Malik turut menerima notis yang serupa.


Kelima-lima mereka menerima notis tersebut kerana tidak duduk di blok kerajaan dan dipecat di bawah Fasal yang sama.


Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu menyatakan bahawa keahlian anggota parti akan dilucutkan sekiranya anggota tersebut tidak mematuhi peraturan parti, termasuk bergabung dengan parti lain. — TODAY


Luahan wartawan: Saya sokong Muhyiddin. Ok bye.



Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Related Posts

See All

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2024 - PLANB MEDIA

bottom of page