top of page
Writer's pictureChap Chai

Donut Bekas Banduan Bakes By NY Menjadi Kegilaan Ramai


Donut Bekas Banduan Bakes By NY

“Bertahun saya dan isteri tunggu untuk dapatkan rumah. Tapi bila masanya tiba untuk ambil kunci, saya dipenjara pula,” kata Muhammad Khairul Anwar Abdul Hadi, yang dipenjara dua tahun lapan bulan pada 2015.


Sudahlah kehilangan rumah sendiri dan peluang untuk melihat anaknya, yang ketika itu berusia dua tahun membesar, Khairul juga menyedari gaji $1,000 yang dibawa pulang semasa melalui program ‘tagging’ tidak cukup untuk menyara keluarga kecilnya.


Justeru, untuk menebus kesilapannya, Khairul merancang untuk membuka perniagaan sendiri agar dapat memberikan isteri dan anaknya kehidupan yang serba lengkap.


PERMULAAN BAKES BY NY


Dengan kerjasama isterinya, Nazira Yunos, yang menghadiri kelas membuat kek sementara Khairul dipenjara, pasangan ini berjaya membuka Bakes by NY pada Jun 2016.


Pada mulanya, mereka cuma menjual kek dan cookie pods dari rumah.

Cookie pods

Cookie pods ? Foto-foto: Bakes by NY

Kek ondeh-ondeh

Kek ondeh-ondeh ?


MELEBARKAN SAYAP


Dengan berkat usaha dan kerja keras pasangan anak tiga ini, perniagaan mereka bertambah maju dan kini beroperasi di sebuah gerai di Tampines.

Kunjungi gerai mereka di 201E Tampines Street 23 #01-120

Kunjungi gerai mereka di 201E Tampines Street 23 #01-120


Malah, seleksi mereka juga diperbanyak.

Malah, seleksi mereka juga diperbanyak.

Cookie pods beraneka macam — nutella, speculoos,oreo crush, smores, pandan gula melaka, brownie dan banyak lagi! Makanlah jangan hanya dipandang.

Burnt cheesecake

Burnt cheesecake ? Sila nikmati.

Stuffed doughnuts, jangan lupakan ? (dari kiri) cream cheese, chocolate fudge dan nutella. Terdapat juga inti salted caramel

Stuffed doughnuts, jangan lupakan ? (dari kiri) cream cheese, chocolate fudge dan nutella. Terdapat juga inti salted caramel ?


Tambahan pada itu, Khairul, 35 tahun dan Nazira, 29 tahun, juga menyediakan menu istimewa buat pelanggan yang ingin menempah kek dan pastri mereka buat majlis keramaian.

Kek kreatif

Kek kreatif


Inovasi ‘Supersized Doughnut’ juga disediakan buat golongan yang ‘bosan’ dengan kek.

Supersized Doughnut

‘Supersized Doughnut’ dua tingkat ini isalut gula, coklat, ratusan dan ribuan (direct translate: hundreds and thousands) dan kacang. Pelanggan boleh pilih ‘toppings’ yang diidamkan


“Kami faham bahawa pelanggan kadang-kadang mahukan benda yang lebih ‘simple’ dan berbeza selain kek semasa sambutan hari lahir.


“Jadi kami pun buatlah Supersized Doughnut,” kongsi Khairul, yang kini mempunyai lapan pekerja sambilan untuk membantu dia dan isteri dalam mengendalikan bisnes mereka.


“Lagipun, donat adalah best-sellers kami. We bake them fresh daily. And our doughnuts are soft and fluffy.”

Gebu-gebas

Gebu-gebas.


SOKONGAN BUAT MASYARAKAT


Susulan kejayaan mereka, Bakes by NY giat menyumbang kepada masyarakat Melayu/Islam Singapura.


“Buat beberapa tahun, kami telah menaja makanan buat beberapa acara kendalian universiti tempatan.


“Antaranya, semasa acara Zoombara 2017 yang dijalankan oleh Institut Pendidikan Nasional (NIE), kami memberi 120 cookie pods buat santapan mereka.


“Kami rasa ia penting untuk menyokong inisiatif-inisiatif yang melestarikan bahasa Melayu.


“Secara tak langsung, institusi-institusi ini juga akan terdorong untuk melakukan usaha sedemikian rupa kerana mereka tahu bahawa bisnes Melayu setempat menyokong inisiatif mereka,” jelas Khairul.


Jadi marilah kita sokong satu sama lain dengan membeli desserts dari Bakes by NY!


PILIHLAH BAKES BY NY


Mulai hari ini (12 Mei), operasi NY Bakes akan dijalankan seperti sediakala!

Mulai hari ini (12 Mei), operasi NY Bakes akan dijalankan seperti sediakala!

Dapatkan pencuci mulut anda di gerai mereka atau lungsuri saja lelaman mereka di bakesbyny.com untuk membuat tempahan dalam talian. Tempahan juga boleh dibuat menerusi Whatsapp 81233953.


Jangan risau, mereka ada khidmat penghantaran.


Ikuti mereka juga di Instagram (@bakesbyny) untuk mendapatkan maklumat terkini tentang penjualan Bakes by NY.

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page