top of page
Writer's pictureChap Chai

Doktor Dibebaskan Setelah Didapati Tidak Bersalah Dalam Kes Cabul Pesakit Wanita


Doktor Dibebaskan Setelah Didapati Tidak Bersalah

Seorang doktor telah dibebaskan setelah mahkamah mendapati bahawa beliau tidak bersalah atas tuduhan mencabul seorang pesakit wanitanya di klinik beliau.


Hakim daerah membuat keputusan tersebut setelah mendapati bahawa bukti yang diberi oleh wanita tersebut tidak meyakinkan kerana ia tidak konsisten.

Dr Lui Weng Sun

Sumber: Google Images

Dr Lui Weng Sun, 48 tahun telah dituduh mencabul kehormatan seorang pesakit wanitanya di klinik Northeast Medical Group yang terletak di Jalan Tiga, Old Airport Road. Ketika itu, beliau sedang bertugas di klinik tersebut. Kejadian itu berlaku pada 6hb November 2017.

klinik Northeast Medical Group

Sumber: Google Images

Wanita tersebut, seorang warganegara Vietnam yang berumur 24 tahun pada ketika itu, menuduh Dr Lui mencabul kehormatannya apabila beliau meletakkan stetoskop di payudara wanita itu. Setelah itu, wanita itu juga berkata bahawa Dr Lui menyelak bajunya dan menyentuh puting payudara wanita itu dengan jarinya.


Namun begitu, Hakim Daerah Jasvender Kaur mendapati daripada rakaman CCTV bahawa wanita tersebut bersenyuman dan juga berbual dengan penuh ceria bersama jururawat di klinik itu setelah beliau keluar dari bilik konsultasi bersama Dr Lui.

Interesting

Hakim Kaur juga mengatakan bahawa penyataan yang diberi oleh wanita tersebut tidak konsisten dengan penyataan yang diberikan beliau kepada pihak polis pada hari kejadian tersebut.


Di dalam penyataan yang diberikan kepada pihak polis, wanita itu mengatakan bahawa Dr Lui menyelak bajunya untuk mencabulnya sekali sahaja. Namun begitu, beliau mengatakan bahawa Dr Lui menyelak bajunya dua kali ketika memberikan penyataan di mahkamah.


Apabila ditanya oleh Hakim Kaur tentang perkara ini, wanita itu berkata bahawa beliau berada dalam ketakutan dan tidak tenteram pada masa itu dan fokusnya hanya kepada perkara utama sahaja ketika memberikan penyataan pada pihak polis ketika itu.


Wanita itu juga mengatakan bahawa Dr Lui menarik bajunya balik setelah menyelak kerana seorang jururawat klinik itu mengetuk pintu. Namun begitu, jururawat tersebut memberikan kenyataan bahawa beliau tidak ketuk pintu tersebut ketika itu dan terus memasuki bilik itu di mana beliau tidak melihat apa-apa adegan aneh yang terjadi.


Hakim Kaur mengatakan bahawa perkara itu tidak mungkin terjadi kerana jika jururawat itu terus memasuk bilik itu, sudah tentu beliau akan ternampak Dr Lui sedang menyelak baju wanita tersebut.

Hakim Kaur mengatakan bahawa perkara itu tidak mungkin terjadi kerana jika jururawat itu terus memasuk bilik itu

Wanita itu juga menuduh Dr Lui cuba mencabul nya sekali lagi apabila beliau mendekatkan dirinya dan meletakkan stetoskop di bahagian payudaranya sekali lagi. Namun begitu, wanita itu menarik balik tuduhan itu ketika beliau di ‘cross-examine’ oleh pihak peguam Dr Lui.


Selain dari itu, teman lelaki wanita itu juga menelefon Dr Lui untuk bersemuka dan meminta wang pampasan diberikan atas kejadian tersebut. Menurut Dr Lui, lelaki itu juga mengatakan kepada beliau bahawa jika perkara ini berlanjutan, pihak polis akan tetap mengambil tindakan yang ketara walaupun kedua pihak bersetuju untuk berdamai.


Hakim Kaur mengatakan tindakan teman lelaki wanita untuk mengatakan sebergitu kepada Dr Lui adalah sesuatu yang amat luar biasa dan mencurigakan kerana pada Hakim Kaur, teman lelaki wanita itu tidak ada sebab untuk mendekati Dr Lui kerana laporan polis sudahpun di buat.

smells a bit fishy

Semasa perbicaraan di mahkamah, Dr Lui tetap menafikan tuduhan pencabulan tersebut dan mengatakan bahawa beliau tidak ingat wanita itu langsung. Pada hari kejadian, Dr Lui berjumpa dengan 70 pesakit dan mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk setiap pesakit.

that's a lot

Setelah keputusan mahkamah diumumkan, Dr Lui menangis kegembiraan. Menurut peguamnya, beliau berasa amat gembira dan amat lega kerana perkara ini telah membebani beliau selama lebih daripada 3 tahun.

berasa amat gembira dan amat lega kerana perkara ini telah membebani beliau selama lebih daripada 3 tahun

Luahan Wartawan: At last justice is served. Dari dulu sampai sekarang, I have always have the thought that strict punishment should be meted out to women who make up stories on molestation as well. 3 tahun doktor ni tak dapat tidur lena because he was accused of being a molester when he had done nothing wrong. Mana nak dapat balik tu 3 tahun?


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify


RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page