Doa Muslim Berbilang Bangsa Menyentuh Hati
Bangsa, warna kulit dan bahasa berbeda namun doa dari hati yang ikhlas hanya satu, untuk dunia ini kembali tenang.
Di dalam video yang menyentuh hati, yang dimuat naikkan di laman Facebook Foreed Islam, sebuah doa telah diluahkan oleh orang dari berbilang kaum dan bahasa.
“Wahai Tuhan kami, kami menyeru nama-nama indahmu, hanya Engkau yang boleh menjawab seruan kami, dengan itu, silalah dengar doa-doa kami.”
“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya engkau menjadikan berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak agar kami berkenal-kenalan dan beramal mesra antara satu sama lain jadikanlah kami dikalangan orang yang benar2 mengenali asal usul kami dan sentiasa berjuang ke arah kebenaran dan kedamaian.”
“Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami masyarakat yang menyebarkan perpaduan dan bukan membelah-bagikan, kami meminta Engkau untuk menghilangkan dari hati kami istilah perkauman dan prejudis dan membimbing kami pada jalan yang lurus.”
“Wahai Tuhan kami, padaMu kami beriman, dariMu kami datang, kepada Mu kami akan kembali.”
Alangkah indahnya mendengar luahan hati masyarakat yang berbilang kaum, bersatu suara berdoa dan meminta untuk kebaikan dunia.
Seluruh dunia berada di dalam keadaan yang amat muram dek wabak yang mencengkam. Inilah masanya untuk kita bersatu untuk membantu antara satu sama lain demi mengharungi cabaran yang mendatang kerana wabak covid ini.
Luahan Hati Wartawan: Sentiasa menyeru dan berdoa kepadanya. Dia sentiasa mendengar dan mudah-mudahan dengan izin Nya, dunia ini akan kembali pulih.
Comments