top of page
Writer's pictureLintah Darah

Ditipu Oleh Bekas Penerbit, Enam Mangsa Bergabung Tenaga Buat Lagu Amaran


Ditipu Oleh Bekas Penerbit

(Dari kiri atas/bawah,) Mex.Jr, Miikothe13th, Afik Blaze, $yafik.K, KP Blavk dan $lice. Sumber: Zack Dilaroca

RECKLE$$, sebuah kumpulan rap tanah air terbaharu yang dianggotai enam rappers, menggembleng tenaga untuk menghasilkan diss track khas buat seorang bekas rakan seperjuangan yang telah menikam belakang mereka.


Menampilkan $lice, Mex.Jr, $yafiq.K, KP Blavk, Afik Blaze dan Miikothe13th, mereka telah menyalurkan amarah dan kebencian terhadap individu tersebut — yang lebih dikenali ‘badut’ di kalangan rappers tempatan — menerusi karya ‘Pucuk Pangkal’, terbitan Allure Records.

RECKLE$$ bersama penerbit daripada Allure Records

RECKLE$$ bersama penerbit daripada Allure Records, Dan (duduk). Sumber: Zack Dilaroca


SONGLAP


Berbicara tentang kisah mereka ‘di-bastard’ si polan, dua individu yang masih mentah dalam arena rap tanah air — Afik dan Syafiq — mengongsi pengalaman dimanipulasi individu berkenaan.


Tahun lalu, kedua-dua mereka menggunakan khidmat individu ini untuk mendapatkan beat, yang dijual pada harga $100.

Tahun lalu, kedua-dua mereka menggunakan khidmat individu ini untuk mendapatkan beat, yang dijual pada harga $100

Akan tetapi Syafiq berkata, individu tersebut kerap memberi alasan agar dapat menokok harga perkhidmatannya.


Berang, Syafiq berhenti menggunakan khidmatnya setelah berhabis beratus dolar.


Malangnya buat Afik yang terus bekerjasama dengan individu terbabit, dia kehilangan beribu dolar — jauh lebih tinggi berbanding $100 yang dipersetujui pada awalnya.


Meskipun mereka mendapat beat yang diminta, difahamkan ia tidak digunakan seperti yang dirancang kerana mereka enggan terpalit dengan nama individu berkenaan yang kian busuk.

Step back

Dalam kejadian berbeza, lirik yang dihantar Syafiq kepada “rapper OG” ini untuk dijadikan lagu buat dirinya, digunakan pula untuk lagu seorang lagi rapper tanpa izin dan pengetahuannya.


“Saya menerima demo daripada rakan saya dan apabila saya dengar, saya mendapati senikatanya adalah lirik yang telah saya hantarkan kepada ‘orang itu’.

Saya tidak pasti jika lirik saya dijual tapi yang nyata, karya saya dicuri

“Saya tidak pasti jika lirik saya dijual tapi yang nyata, karya saya dicuri,” ujar Syafiq.


BUANG HAK ROYALTI


Mex dan Blavk (disebut ‘black’) turut tidak terlepas daripada permainan sinis si polan meskipun telah berkecimpung dalam industri ini sejak beberapa tahun lalu.


Dalam sebuah kolaborasi bersama individu berkenaan, Mex dan Blavk mendapati nama mereka dilucutkan daripada menerima hak untuk meraih wang royalti.

Delete

“Ketika saya memeriksa DistroKid (kaedah untuk menjual lagu di wadah-wadah dalam talian), saya mendapati nama saya dan Blavk tidak tertera. Ini sekali gus bermaksud, nama kami dibuang dan kami tiada hak untuk menerima royalti.

Ini sekali gus bermaksud, nama kami dibuang dan kami tiada hak untuk menerima royalti.

“Memang wang royalti tidak banyak. Tapi kami sudah korbankan titik peluh untuk menghasilkan lagu itu,” kongsi Mex yang pada akhirnya, meletak kembali namanya dan Blavk sebagai penulis lagu tersebut.


MENYAMAR


Perbuatan kejam individu ini tidak berakhir sekadar dalam industri.


Kata Blavk, individu ini juga pernah menyalahgunakan nombor kad pengenalannya bagi tujuan menziarah di salah sebuah hospital Singapura.

Kata Blavk, individu ini juga pernah menyalahgunakan nombor kad pengenalannya bagi tujuan menziarah di salah sebuah hospital Singapura.

Namun apabila disoal Blavk, dia menepis segala dakwaan dan berkata, tuduhan tersebut dibangkitkan orang luar yang ingin melaga-lagakan mereka.


“Dia manipulative. Manipulative clown nama dia,” kata Blavk.


KENALI ‘MANIPULATIVE CLOWN’


Nak tahu siapa manipulative clown?

Nak tahu siapa manipulative clown

Tekan lingkaran di bawah untuk ketahui siapa yang disebutkan menerusi music video arahan Feroz Flique — pengarah music video yang kerap bekerjasama bersama golongan rappers, termasuk K Clique:

‘Pucuk Pangkal’ juga boleh didengarkan di Spotify:

Tak puas baca beef dalam artikel ini? Nak more beef? Dengarkan wawancara RECKLE$$ bersama OKLETSGO!





Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page