Ditinggalkan Tunang 3 Minggu Sebelum Nikah, Wanita Tabah Dan Teruskan Photoshoot Secara Solo
Di dalam sebuah posting oleh lightviewsg yang kini viral dengan lebih seribu shares, ia menceritakan kisah majlis pernikahan seorang wanita dibatalkan 3 minggu sebelum tarikh yang ditentukan.
Walaupun begitu, Shasha tetap tabah dan teruskan photoshoot yang sudah ditempah dengan lightviewsg secara solo.
Shasha bertemu dengan R, seorang duda 2 anak di laman muzmatch. Selepas beberapa kali di ajak keluar, R meluahkan hasratnya untuk bernikah dengan beliau kerana Shasha ingin pulang ke New Zealand setelah 4 tahun bermastautin di Singapura.
Shasha mengatakan beliau menerima lamaran R sebagai takdir Illahi dan juga kerana sudah menyayangi anak-anak R seperti anaknya sendiri.
“Saya bertemu, jatuh cinta dan menerimanya kerana saya teringin menjadi ibu dan merasakan bahawa mana-mana anak adalah berkat Tuhan yang berhak mendapat kasih sayang.”
-Shasha
Dengan itu, Shasha menangguhkan penerbangan pulangnya dan mereka bertunang dalam masa 4 minggu. Ibubapa beliau menyaksikan dan merestui pertunangan mereka melalui video call.
Tarikh pernikahan ditentukan pada Oktober 2020 namun hasratnya untuk menjadi permaisuri sehari hancur apabila R memutuskan pertunangan mereka 3 minggu sebelum tarikh pernikahan.
Menurut Shasha, beliau perasan akan perubahan dalam diri R semasa persiapan pernikahan mereka tetapi ia dianggapnya sebagai dugaan dalam pertunangan.
“Saya tidak menerima khabar darinya ataupun keluarganya beberapa minggu menjelang tarikh pernikahan kami. Saya sangat merindui anak-anaknya, yang telah saya tinggalkan dan berdoa agar mereka tidak bersalah melindungi mereka dari ketiadaan saya secara tiba-tiba dalam hidup mereka. There was no closure for me.”
Shasha terpaksa membatalkan segala persiapan perkahwinan mereka dan berterima kasih kepada vendors yang bersimpati dengannya.
Beliau mengambil keputusan untuk teruskan solo photoshoot apabila lightviewsg ingin menjadikan kisahnya sebagai inspirasi buat bakal pengantin lain yang melalui peristiwa perit itu.
Ramai warganet tumpang simpati dan memberi kata-kata semangat untuk Shasha.
Inilah pengajaran yang Shasha memperolehi daripada peristiwa pahitnya.
Sokongan keluarga adalah segalanya.
Tiada expiry date untuk seorang wanita untuk menikah.
Belajar untuk menyayangi sang Pencipta dengan sepenuh hati dan sentiasa bersangka baik kepadaNya.
Teruskan usaha untuk mencari jodoh walaupun pernah patah hati.
Luahan Hati Wartawan: Peritnya hati apabila dilukai oleh seseorang yang diimpikan menjadi teman hidup.
I can empathize with her. Tapi Shasha memang seorang yang tabah. Walaupun pahit ditelan, Shasha tetap bersangka baik kepada Allah dan menerima takdirNya.
There are a lot of ways to commemorate a wedding that didn’t happen and most brides who are jilted end up doing a trash-the-dress photoshoot.
While that can be cathartic, there is a negative element to the destruction of something that was meant to be a part of a beautiful moment.
She chose to turn her experience into a life lesson for those who have or may go through the same situation as her. That is empowering in it’s own way.
Semoga Allah permudahkan segala urusanmu ya Shasha. May He grant you healing.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments