Diskaun Sehingga 50% Untuk Memancing Pelancong Datang Semula Ke Thailand
- Chap Chai
- May 29, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 8, 2024

Sumber: Travel Triangle
Walaupun wabak COVID-19 masih berleluasa, beberapa negara nampaknya sudah bersedia untuk menerima pelancong.
Contohnya:
Indonesia dan Jepun dijangka ‘buka’ pada lewat Julai tahun ini.

Pasir putih tepi pantai di Bali. Sumber: Agoda

Bunga-bunga Sakura di Jepun. Sumber: Getty
Mengikut jejak negara-negara ini, Thailand juga berura-ura untuk ‘buka’ kembali secara berperingkat susulan pengakhiran lockdown pada lewat Jun.

Railay Beach aka hotspot untuk fresh grads. Sumber: Planetware
DISKAUN 50% UNTUK PELANCONG
Lebih menarik lagi, hotel-hotel di seluruh negara akan memberikan potongan harga sebanyak 50 peratus kepada pelancong.
Di samping itu, Pejabat Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Thailand juga sedang merancang untuk melancarkan kupon diskaun serta pakej percutian
antara 40 hingga 50 peratus menjelang Julai atau lewat tahun ini, lapor GirlStyle.

Floating market di Thailand. Sumber: TripSavvy
Amazing Thailand menanti anda.
Luahan wartawan: Hmm Thailand memang best. Boleh pergi massage, main buih. Macam ni:

Sumber: PRI.org
Tapi tulah aku seram sikit. Kalau our government kasi kita travel pun aku macam ragu-ragu because there might still be isolated cases in other countries.
I guess kalau nak travel, travel at your own risk lah. Lepas tu self-quarantine 14 hari please. Jangan sampai ada second or third wave. Aku dah penat duduk rumah.
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...