Dilahirkan Buta, Budak 5 Tahun Ini Sudahpun Menghafal Al-Quran
Biarpun dilahirkan serba kekurangan kerana tidak boleh melihat sejak kecil lagi, namun si cilik ini ‘celik’ hatinya kerana mampu menghafaz hampir semua surah dalam Al-Quran.
Sumber: buzzkini.com
Ahmad Aqeel Faiz Mohammad Noor, 5 tahun, anak istimewa yang buta kedua belah matanya juga memiliki masalah ‘Mild Autisme’ ketika berumur setahun setengah. Beliau juga dilahirkan tanpa bebola mata kanannya dan mata kirinya hanya berwarna putih.
Sumber: buzzkini.com
Oleh kerana penyakit Autisme nya itu, Aqeel sering menangis tanpa sebab ketika beliau berumur setahun. Beliau juga sering tidak tidur malam kerana tidak tahu membezakan antara siang dan malam. Sebagai terapi, ibunya memasangkan ayat suci Al-Quran untuk menenangkannya.
Sumber: imuslimnetwork.com
Kekurangan Aqeel sebenarnya membuktikan bahawa dia mempunyai ‘kelebihan’ yang jarang dimiliki orang lain. Ketika bapanya sedang membaca Surah Yasin, Aqeel menyambung bacaan bapanya hingga ke habis. Aqeel hanya berumur 3 tahun ketika itu.
Sumber: Harian Metro
Aqeel yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan lebih hebat daripada adik-beradiknya yang lain dalam menghafaz surah dalam Al-Quran. Menurut ibunya, Aqeel menghafaz surah Al-Baqarah, Al-Imran, An-Nisa, dan Yassin.
Aqeel juga boleh meneka surah apa yang dibaca oleh ibu bapanya walaupun tanpa penglihatan. Sungguh hebat kuasa Tuhan yang tidak akan membebani seseorang lebih dari keupayaannya.
Luahan Wartawan: Semua orang diberikan kelebihan dan kekurangan tersendiri. This is God’s way of levelling up the playing field. But to be able to hafal all those surahs at the tender age of 3? MashaAllah. I am truly humbled as I write this as I admit, I myself terkial-kial nak baca Surah Yassin from memory and I’m 3… times 10 years old. May Allah bless adik Aqeel and his family always!
Podcast Plan B minggu ini!