Dijodohkan Dengan Lelaki Pilihan Emak, Bekas Teman Lelaki Juga Turut Datang Persandingan
“Maafkan aku setulus hatimu. Kepergian diriku itu bukan keinginanku.Terima saja dengan pilihan yang lain dari orang tuamu” — ST12
Beginilah situasi yang dialami sepasang kekaksih setelah hubungan tujuh tahun mereka terhenti disebabkan campur tangan ibu si gadis.
4 Julai lalu, Salshabilla Istaningrum terpaksa meninggalkan kekasihnya untuk menikahi pemuda yang telah diperkenankan ibunya sendiri.
Salshabilla pada hari pernikahan.
SALAM AKHIR
Namun sebelum berlangsungnya majlis, Salshabilla dikejutkan dengan kedatangan bekas kekasihnya.
Buat kali terakhir, Salshabillah dan bekas teman lelakinya bertemu dan memetik gambar bersama-sama.
Foto-foto tersebut kemudiannya disunting dalam sebuah video singkat di TikTok, di mana ia telah menjana lebih daripada 2.8 juta tontonan dan beribu komen.
Dalam video tersebut, Salshabillah meluahkan kekesalannya dan meminta maaf kepada bekas kekasihnya kerana terpaksa mengakhiri hubungan mereka.
MASIH BERSEDIH
Difahamkan, Salshabillah meneruskan dengan majlis pernikahan.
Akan tetapi berdasarkan video TikTok yang dimuat naik dua hari lalu, gadis dari Tangerang, Indonesia ini seolah-olah masih mengenangkan bekas teman lelakinya.
Warganet rata-rata mendoakan yang terbaik buat wanita ini dan agar bekas teman kekasihnya menemui pengganti.
Luahan wartawan: Eeee geram. Kalau mak dia suka sangat, mak dia jer lah kahwin dengan lelaki tu. Kenapa kena paksa-paksa. Merepek. I would’ve made a big fuss if I were her.
I understand restu tu penting and ibu bapa can have a say. But kalau sampai paksa kahwin dengan orang lain, paksa tangguhkan hari nikah just sebab tak boleh adakan majlis etc, adil ke?