top of page
Writer's pictureChap Chai

Detik Menyentuh Hati, Jurulatih Renang Memeluk Joseph Schooling, Ucap Terima Kasih


2 lelaki, seorang memakai baju polo merah dan beg, memeluk seorang budak lelaki di hadapannya

Perenang negara Joseph Schooling dan jurulatihnya, Sergio Lopez Miro, berpelukan setelah perenang setempat itu gagal mara ke separuh akhir acara gaya kupu-kupu 100 meter di Sukan Olimpik Tokyo pada 29 Julai (Khamis).


Detik menyentuh hati itu dikongsikan di Instagram Lopez awal pagi tadi.

2 lelaki, seorang memakai baju polo merah dan beg, memeluk seorang budak lelaki di hadapannya

Sumber: Instagram, sergiolopezmiro

Dalam pos tersebut, Lopez, 52 tahun mengucapkan terima kasih kepada Schooling atas pengalaman yang telah mereka lalui bersama.


Saling mengenali sejak Schooling berusia 12 tahun, Lopez sudah menganggap Schooling sebagai salah seorang ahli keluarganya sendiri.

2 lelaki berdiri memakai jaket merah dan memegang pingat

Lopez (kiri) bersama Schooling di Sukan Olimpik Rio pada 2016. Sumber: TodayOnline

Dalam pada itu, bekas perenang antarabagsa terunggul dari Sepanyol ini juga mendorong Schooling, 26 tahun, untuk terus maju.


Pada 2016, Schooling mencatat rekod kebangsaan di Sukan Olimpik Rio dengan masa 50.39 saat.

seorang lelaki sedang berenang, memakai topi renang dan cermin mata

Sumber: AFP

Namun dalam Temasya Tokyo tahun ini, Schooling menduduki tempat terakhir dengan mencatat masa 53.12 saat.


Luahan Wartawan: Dawwww… Walaupun tak menang apa-apa, pada aku, representing Singapore for Olympics is already a big deal and is something to be proud of.


It’s okay, Joseph Schooling. Like we Malays like to say “rezeki tak salah alamat.” There’s always another opportunity. Hwaiting!!!


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page