top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Dera Anak Lima Tahun, Suami Dipenjarakan 27 Tahun, Isteri Dipenjarakan 28 Tahun


Dera Anak Lima Tahun

Sumber: Berita Mediacorp

Pasangan suami isteri didapati bersalah mendera anak lima tahun mereka, yang telah meninggal dunia akibat kelecuran pada 2016, dijatuhi hukuman berat di Mahkamah Tinggi pada 13 Julai (Isnin).


Ridzuan Mega Abdul Rahman, 28 tahun, dijatuhi hukuman penjara 27 tahun dan 24 kali rotan.


Isterinya Azlin Arujunah, 24 tahun, dikenakan hukuman penjara 27 tahun dengan tambahan 12 bulan penjara bagi mengganti hukuman rotan, yang tidak dilakukan ke atas wanita.


Sebelum ini, mereka dikenakan tuduhan membunuh, yang membolehkan mereka dihukum penjara seumur hidup atau digantung.


CARA DIDERA


Perbicaraan yang bermula pada November 2019 mendedahkan bagaimana kanak-kanak berkenaan didera.


Mangsa pada mulanya menetap bersama saudara-mara lain sejurus selepas dilahirkan pada Januari 2011.


Dia kembali tinggal bersama ibu bapanya dan adik-beradik lain di flat sewa mereka pada Mei 2015.


Penderaan bermula setahun kemudian, di mana mangsa dicubit dengan playar, ditekap dengan sudu panas dan dikurung dalam sangkar kucing.

di mana mangsa dicubit dengan playar, ditekap dengan sudu panas dan dikurung dalam sangkar kucing

Dia turut dipukul dengan pelbagai benda termasuk penyapu dan penyangkut baju.


PENDERAAN TERAKHIR


Antara 15 dan 22 Oktober 2016, Ridzuan dan Azlin menyimbah mangsa dengan air panas sekurang-kurangnya empat kali menggunakan air daripada dispenser air panas.

dispenser air panas.

Dalam salah satu insiden, Ridzuan dipercayai memukul mangsa dengan penyapu sebelum menyimbah air panas ke atasnya kerana mangsa enggan membuka seluar untuk mandi.


Mangsa kemudian tertunduk di lantai tandas sementara Ridzuan dikatakan sekali lagi menyimbah air panas pada bahagian belakang badan dan betisnya.


Mangsa kemudian rebah dan tidak lagi bergerak.

Mangsa kemudian rebah dan tidak lagi bergerak

Azlin dan Ridzuan bagaimanapun tidak segera membawa mangsa ke hospital kerana takut diberkas kerana mendera anak mereka.


Meski begitu, mangsa dibawa ke hospital enam jam kemudian. Azlin dan Ridzuan diberkas selepas pihak hospital menghubungi polis.


Mangsa menghembuskan nafas terakhir di hospital setelah mengalami keadaan kejutan semasa dibedah.



Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page