top of page
Writer's pictureChap Chai

Delivery Rider Rebah Atas Motosikal, Pemandu Bantu Hantarkan Last Order


Delivery Rider Rebah Atas Motosikal

Semakin ramai yang duduk di rumah, semakin beratlah tugas para penghantar makanan — sampaikan ada yang tetap bekerja meskipun kurang sihat.


PENGHANTAR MAKANAN PENGSAN ATAS MOTOSIKAL


Semalam (4 Jun), seorang penghantar makanan GrabFood pengsan atas motorsikalnya semasa dalam perjalanan untuk menghantar makanan kepada pelanggannya.

Kelvin Tay

Sumber: Kelvin Tay (Facebook)


Kejadian yang berlaku di Sengkang itu dikongsi oleh Kelvin Tay, yang telah membantu penghantar makanan berkenaan.


Dalam perjalanan pulang, Tay berkata dia ternampak penghantar makanan tersebut tiba-tiba rebah atas motornya.


Tay selanjutnya keluar dari keretanya untuk memeriksa keadaan lelaki itu.


“Dia nampak pucat sekali dan badannya sejuk.


“Dia asyik berkata perutnya sakit,” catat Tay di Facebook.

Dia asyik berkata perutnya sakit

Sumber: Kelvin Tay (Facebook)


Susulan itu, Tay menolong lelaki tersebut bangkit dan mengangkat motorsikalnya, lalu menyuruhnya untuk pulang dan berehat sahaja.


Namun, pekerja GrabFood itu mendesak untuk menghantar pesanan terakhir sebelum pulang.


Oleh itu, Tay menawarkan pertolongan lanjut.


“Saya kata, saya akan temannya pulang dan hantarkan pesanannya yang terakhir.


“Selepas itu, barulah dia rela pulang ke rumah.”

Selepas itu, barulah dia rela pulang ke rumah

Sumber: Kelvin Tay (Facebook)


REAKSI WARGANET


Sejak pos tersebut dimuat naik, ia telah menjana lebih daripada 4.6 ribu kongsian.


Ramai yang memuji sikap murni Tay.

Alicia MT
Ramai yang memuji sikap murni Tay.

Bahkan, Ashton Goh, yang mendakwa dirinya sebagai penghantar makanan berkenaan, juga memanjatkan penghargaannya kepada Tay.

Bahkan, Ashton Goh, yang mendakwa dirinya sebagai penghantar makanan berkenaan, juga memanjatkan penghargaannya kepada Tay.

Ada juga yang mendoakan agar penghantar makanan berkenaan cepat sembuh.

Alaina Taufiq
Irene Wong
Christina Tay

Dalam pada itu, ada juga yang mengingatkan para pelanggan untuk menghormati penghantar makanan, yang bertungkus-lumus bekerja demi memuaskan permintaan pelanggan.

Andrew Tay
Alexius Chua

PESANAN TAY BUAT RAKYAT SETEMPAT


Di kesempatan itu juga, Tay menyampaikan pesanan buat orang ramai.


“Tempoh ini bukan mudah. Kadang-kadang kalau mereka (penghantar makanan) lambat sedikit, pastinya, mereka tidak sengaja.


“Saya harap agar rakyat Singapura dapat memberi lebih empati kepada mereka, lebih-lebih lagi buat masa ini, ketika jumlah pesanan amat tinggi.”


Tay turut memesan para penghantar makanan untuk menjaga kesihatan.


“Saya mempunyai pengalaman sebagai penghantar makananan jadi saya tahu dan faham kepayahan yang dihadapi.


“Tetapi ingatlah. Kesihatan harus diutamakan. Kalau rasa tak sedap badan, berehatlah sehingga pulih.


“#SGUnited.”


Luahan wartawan: That’s nice :’) Instead of just making the guy viral, dia tolong sekali. Bagus. Contohilah dia.


And get well soon kepada rider tu. Kepada semua riders, kalau sakit, duduk rumah jer. Dah baik nanti boleh all out keje. Orders hari-hari tetap masuk.


On a side note, lately dah tak sebanyak complaints regarding food deliveries kan? At least aku takde nampak any on social media lah…Kuddos Singaporeans! Nampaknya ramai dah insaf. Pupuklah semangat bersatu padu dan sikap bertolak ansur. Let’s build a better nation. Hehe boleh jadi menteri dah aku ni.


Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page