Datuk Bandar Mabuk Eksyen Mati Untuk Elak Dikesan Dan Diserbu Polis
Jaime Rolando Urbina Torres, datuk bandar sebuah kota kecil di Peru menjadi tajuk utama laporan tempatan setelah beliau baring di dalam keranda untuk elakkan diri daripada di tangkap kerana melanggar peraturan kawalan pergerakan.
Menurut laporan Daily Mail, Torres dan kawan-kawannya yang dalam keadaan mabuk melompat ke dalam keranda-keranda disediakan buat mangsa Covid-19 apabila diserbu polis.
Namun dalam keadaan sedemikian, mereka terlupa untuk membuka masker sebelum berpura-pura menjadi mayat yang terlantar kaku.
Sebelum ini, Torres dituduh oleh rakyat tempatan atas kegagalannya sebagai datuk bandar kerana sikap beliau yang sambil lewa terhadap ancaman virus Covid-19.
Penduduk tempatan pernah mengheret Torres ke mesyuarat bandar untuk menjelaskan tindakan beliau, namun sebaliknya dia mengecam mereka.
Torres juga diselar oleh pegawai kerajaan kerana gagal menguatkuasakan sebarang langkah keselamatan di bandar itu.
Ramai memuji tindakan pegawai polis yang sempat mengambil gambar Torres dan rakan-rakan sebelum mereka diberkas.
Warganet berseloroh dengan keletah Torres dalam keadaan mabuknya.
Ada diantara mereka yang menyindir Torres kerana tidak mahu minum di rumah seperti orang lain.
Dan ada juga memberi cadangan yang amat bernas.
Luahan Wartawan: The biggest clown of this pandemic after Trump.
Macam manalah kau jadi Mayor ni? Siapa yang elect kau? But then again, looking at another big state, not surprising when stupid entitled people become leaders
Nak mabuk, mabuk la dekat rumah dengan members. Ni tidak, menyusahkan orang lain. Polis ada kerja lain nak buat, bukan kejar pantat kau yang degil, mentang-mentang lah kau mayor.
Nak sangat play dead kan, nanti jadi self-fulfilling prophecy baru padan muka.
Comments