top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Dapatkan Keizinan Daripada Bapa Sebelum Adakan Hubungan Seks, Kenyataan Doktor Mendatangkan Amarah


Dapatkan Keizinan Daripada Bapa Sebelum Adakan Hubungan Seks

Sumber: Newsclick


Kenyataan presiden organisasi hak wanita, Dr Rafidah Hanim Mokhtar dari International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ) mengenai keizinan melakukan hubungan seks telah mengamukkan pengguna-pengguna Twitter, khususnya dari Malaysia.


Dua hari lepas (8 Jun), Dr Rafidah memuat naik Tweet:


“Marilah kita hormati dan lindungi diri kita dengan (memahami) definisi keizinan (seks) yang betul.”


Dia juga menambah:


“Satu-satunya jenis keizinan seksual yang sah adalah keizinan formal yang diperoleh di hadapan bapa gadis (atau) penjaga dan dua saksi, berasaskan komitmen untuk menjalinkan hubungan stabil dan saling menyayangi.”


Seolah-olah menyamakan keizinan seks dengan persetujuan nikah, warganet berdebat dengan pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia itu.


Ada yang memperlekehkan status Dr Rafidah:

Doctor pun tak tahu maksud consent. Disgusting pic.twitter.com/jnmsuQSXpA — ???????????? ❁ (@cheftzibah) June 8, 2020


Dan ramai yang berpendapat, sama ada wanita itu sudah berkahwin atau belum, keizinan seks seharusnya datang daripada empunya badan, dan bukanlah daripada bapa atau para saksi.

ALL CONSENTS GIVEN AND RETRACTED ARE VALID REGARDLESS IF YOURE MARRIED OR NOT. No consent = rape (REGARDLESS MARRIED OR NOT) — ???????????? ❁ (@cheftzibah) June 9, 2020
dont listen to this boomer, men or women, the CONSENT that you give is your own!! YOUR RIGHTS. It does not belong to anybody but YOU. If this post was meant to stop people from having sex before marriage, it is obviously never gonna work. And marriage does not stop rape. https://t.co/30LShaZMHD — ? (@far1sya) June 8, 2020


Bahkan, Datin Paduka Marina Mahathir, seorang aktivis dan anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengkritik kenyataan Dr Rafidah:


“Jadi badan seorang wanita milik bapa/penjaga dan dua lagi saksi lelaki? Menghormati dan melindungi? My foot!


Susulan komen Datin Paduka Marina, Dr Rafidah memberikan penjelasannya:


“1. Poster tersebut adalah tentang rukun nikah dalam Islam.


2. Ini adalah konsep KEIZINAN HUBUNGAN SEKSUAL yang harus dilakukan dalam perkahwinan.


3. Ini untuk memperbetulkan kenyataan yang salah tentang persetujuan untuk seks luar nikah.”


Namun begitu, Dr Rafidah tetap dikecam warganet yang berkata, topik tentang keizinan melakukan hubungan seks dan seks luar nikah adalah dua topik berbeza yang tidak seharusnya digabungkan dalam satu perbualan.

You want to talk about zina/nikah, then fucking talk about it. You want talk about how sex should come after marriage, then go ahead. I’m all for it. IN FACT I ADVOCATE FOR IT. But don’t mask it behind consent. It’s cheap, dishonest, and misleading. ITS HARMFUL — ???????????? ❁ (@cheftzibah) June 8, 2020


Meskipun ramai membantah, tetap ada sebilangan warganet yang bersetuju dan menyokong tweet-tweet Dr Rafidah.



Please correct me if I'm wrong. What Dr is saying is, have a binding marital contract BEFORE giving your consent for sex. But of course many of you woke libtards don't believe in the concept of marriage anymore. Your idea of consent is"i will sex whomever i want, whenever i want" — |?????????| (@HRiyaludeen) June 9, 2020



Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page