top of page

Daly Filsuf Mengamuk Mendengar Luahan Bekas Anggota Ahli Fiqir

Writer: Lintah DarahLintah Darah

Ahli Fiqir

Bekas anggota Ahli Fiqir, Daly Filsuf, nampaknya naik angin susulan perkongsian bekas rakan seperjuangannya, Mawar Berduri, berkaitan asbab terbubarnya kumpulan rap itu pada 2010

MAWAR MUNTAHKAN “CERITA SEBENAR”

Menerusi temubual Mawar bersama OKLETSGO, ibu kepada dua anak itu mendakwa Ahli Fiqir berpisah disebabkan “orang itu”, yang berdasarkan pemahaman newsdesk, ditujukan kepada Daly.

Tiga bekas anggota Ahli Fiqir bersama OKLETSGO

Tiga bekas anggota Ahli Fiqir bersama OKLETSGO


Kata Mawar atau nama sebenarnya Noor Hidayati Mohamed Yusop, perpisahan yang diumumkan Daly sewaktu rancangan siaran langsung di Pulau Pangkor, Perak, datang secara mengejut.


“Setelah kami habis membuat persembahan, dia tiba-tiba berkata dia hendak membuat pengumuman,” kata Mawar dalam podcast tersebut.


“Saya sangkakan dia hendak mengumumkan bahawa saya hamil anak kedua. Rupanya dia berkata, ia merupakan persembahan terakhir Ahli Fiqir dan kami akan berpisah selepas ini,” luah Mawar, sebak.

Daly (baju merah) bersama Mawar membuat persembahan

Daly (baju merah) bersama Mawar membuat persembahan. Sumber: Flickr


Menurut Mawar, keputusan Daly tidak dirunding bersama ahli-ahli Ahli Fiqir yang lain namun, hanya dibincangkan antaranya bersama label mereka ketika itu, Warner Music.

Dengarkan episod penuh:

DALY MENGAMUK

DALY

Sumber: MStar

Barangkali telah mendengar episod berkenaan, Daly berkata temubual yang dijalankan berat sebelah.


Rapper 47 tahun itu juga seolah-olah menggertak Mawar atau mungkin bekas anggota Ahli Fiqir, Tukang Kata dan P-3YE, untuk “menghantar surat peguam” sekiranya mereka “tidak puas hati” dengannya.


Dalam pada itu, dia turut mengibaratkan OKLETSGO sebagai “batu api”.

dell Daly Darif

Luahan Daly di Facebook siang semalam (19 September).


Namun ketika dipelawa pengasas bersama OKLETSGO, Raja Razie, untuk mengongsi kisahnya pula, Daly menolak tawaran tersebut dan mengatakan, dia sudah “kata apa yang hendak dikata”.

dia sudah “kata apa yang hendak dikata”.

Perbualan Razie bersama Daly semalam


Nampaknya masih ada ketidakpuasan hati antara Daly dengan bekas teman-temannya.


Walau apapun, semoga mereka dapat menyelesaikan segala pertelingkahan dan kembali bersatu untuk mengubat rindu para peminat



RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2024 - PLANB MEDIA

bottom of page