top of page
Writer's pictureLintah Darah

Cuma Boleh Masak 3 Kali Sahaja, Bau Masakan Jadi Punca Perbalahan Jiran Tingkat Atas


Bau Masakan Jadi Punca Perbalahan

Siapa sangka, bau masakan dari dapur boleh menjadi punca pergaduhan jangka masa panjang antara jiran tetangga.


Beberapa hari lepas, kisah dua orang jiran yang menetap di Blok 26 Marsiling Drive tular setelah jiran atas membuat aduan bahawa masakan jiran bawahnya berbau “busuk”.

masakan jiran bawahnya berbau “busuk”

Gambar hiasan. Sumber: Google

Bagi meleraikan hal tersebut, kes ini dibawa ke Pusat Pengantaraan Masyarakat (CMC) di mana keluarga di tingkat bawah cuma boleh memasak tiga hari sehari, pada waktu tertentu: 10:30 pagi hingga 12:30 tengah hari, 4 petang hingga 6 petang, dan 8 malam hingga 10 malam.


Susulan penularan berita ini, ramai warganet meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap perjanjian yang ditetapkan kerana ia tidak adil kepada jiran bawah, yang tidak diberi kebebasan untuk memasak dalam rumahnya sendiri.

tidak diberi kebebasan untuk memasak dalam rumahnya sendiri.

Antara mereka yang juga bersuara tentang hal ini ialah pengguna Facebook, Shahreel Mohamed.


Saling mengenali keluarga yang menetap di tingkat bawah itu, Shahreel berkata, mereka telah menjadi mangsa gangguan jiran atas sejak enam tahun lalu.


Meskipun mereka sering tolak ansur dengan membeli makanan untuk santapan harian mereka dan mengambil servis katering apabila menjalankan majlis keramaian di rumah, ada sahaja yang tidak kena bagi jiran atas keluarga ini.


Misalnya, jiran atas seperti sengaja menggantung kepala ikan kering berdekatan dengan tingkap keluarga kenalan beliau.

jiran atas seperti sengaja menggantung kepala ikan kering
Jiran atas turut dirakam merenjiskan air mop ke arah jiran bawah

Jiran atas turut dirakam merenjiskan air mop ke arah jiran bawah.


Sejak Shahreel mendedahkan perbuatan jiran atas kenalannya, posnya telah meraih lebih 800 kongsian dan beratus koman.


Rata-rata, warganet menumpang rasa simpati terhadap keluarga mangsa.

warganet menumpang rasa simpati terhadap keluarga mangsa

Ada juga yang mengongsikan pengalaman serupa.


Ada juga yang mengongsikan pengalaman serupa

Sikap toleransi adalah tunggak keharmonian antara kaum-kaum di Singapura. Semoga hal ini dapat dileraikan sebaik dan seadil mungkin.


Luahan Wartawan: Oh the fucking irony. Kau panggil media nak busuk kan orang, last-last kau kena backlash dengan netizen.

Oh the fucking irony. Kau panggil media nak busuk kan orang, last-last kau kena backlash dengan netizen

Perangai nauzubillah, buat cerita macam keluarga tu masak untuk jual nasi padang from home.


Yang aku tengok menyirap kan, dalam video tu, bila mop basah dia sengaja renjis sampai masuk rumah orang. Betul-betul takde adat ni manusia. Kalau kena keluarga aku ni, siap la orang tua tu. Tak payah mediation bagai, aku gegar pintu dia, ajak dia bebual one on one.

ajak dia bebual one on one

Abeh mediation boleh eh kasi orang timing untuk masak dalam rumah sendiri. Kau ingat penjara ke hape?

what the fuck

I really hope the family gets the justice they deserve. You have the support of a lot of people. Go forward with your truth.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comentarii


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page