CULIK! Lelaki Diculik Selama 3 Jam – 5 Orang Diberkas
Foto: Siakap Keli
Seorang lelaki telah diculik secara terang-terangan di hadapan kedai makan di Jalan Bintang Jaya 2, Miri Sarawak sekitar jam 4 petang, 2 hari lalu. Kejadian yang tidak disangka itu telah sempat dirakam oleh seorang penghuni bangunan itu. Video selama 18 saat itu telah ditularkan di medsos.
Tiga jam kemudian, beliau dijumpai selamat setelah ditinggalkan di hadapan sebuah bank di pusat bandar.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata,mangsa telah dibawa ke balai polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Foto: Astro Awani
“Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan (KK) kerana menculik,” katanya.
Namun, kurang daripada 12 jam, 5 orang yang disyaki terlibat dalam penculikan itu telah berjaya ditangkap. Mereka berusia antara 18 hingga 40 tahun. Mereka telah ditangkap di sebuah hotel di bandar pada kira-kira jam 1 pagi.
Sebuah kenderaan MPV, Toyota Alphard yang telah digunakan untuk kejadian tersebut juga telah dirampas pihak polis.
Penculikan ini telah dikatakan berkaitan dengan perniagaan haram.
Luahan wartawan: Wow. Macam senang gitu nak culik orang. Ini dah kira next level of gangsterism, dah tak pakai simbah cat, bakar pintu rumah lagi. Jumpa, tangkap, angkut. Settle.
Mujur mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Foto: Straits Times
Memang tidak berbaloi kalau melibatkan diri dalam kegiatan perniagaan haram. The underground world is deeper than you know, and you will never know when you will ever get out. Seriously, not worth it.
Di Singapura, jika didapati bersalah terlibat dalam kes penculikan seperti ini, anda boleh didakwa dan dihukum mati, atau penjara seumur hidup atau / dan rotan.
Kali terakhir kes penculikan berlaku di Singapura pada tahun 2014, yang melibatkan seorang warga tua, ibu kepada boss pasaraya Sheng Siong. Wang tebusan yang dibayarkan sebanyak $2 juta.
Penculik Lee Sze Yong telah dihukum penjara seumur hidup dan 3 kali sebatan rotan.
Comments