Cobra Berkeliaran Di Changi Business Park, Hampir Serang Individu
Seorang netizen baru-baru ini terserempak dengan seekor ‘black spitting cobra’ semasa beliau sedang beriadah di Changi Business Park (CBP).
Sumber: Google Images
Netizen tersebut sempat mengambil gambar ular tedung hitam itu dan memuatnaiknya ke lelaman Facebook Nature Society (Singapore). Posting tersebut telah mendapat lebih daripada 500 likes, 80 komen dan 35 shares.
Sumber: Facebook, Nature Society (Singapore)
Menurut netizen tersebut, Sudip Kumar Saha, beliau baru sahaja melintas sepotong jalan apabila terdengar bunyi ular sedang mendesir di belakangnya.
Apabila beliau menoleh ke belakang, Sudip dapati seekor ular tedung hitam sedang berdiri tegak dengan agresif kerana Sudip terlalu dekat dengannya.
Beliau pun beredar ke jarak yang lebih selamat untuk mengambil gambar ular tedung hitam itu.
Posting gambar ular tedung hitam itu dihujani komen daripada para netizen yang teruja kerana kecantikkan gambar ular yang diambilnya.
Sumber: Facebook, Nature Society (Singapore)
Ada juga beberapa netizen yang berterima kasih kepada Sudip kerana memberitahu tempat beliau terjumpa ular itu supaya mereka boleh elak daripada berjalan di situ.
Sumber: Facebook, Nature Society (Singapore)
Menurut NParks, ‘black spitting cobra’ ini adalah spesies ular yang berbisa. Namun begitu, ia tidak selalu dijumpai kerana ia selalunya akan jauhkan diri daripada manusia.
NParks mengingatkan semua supaya jangan memprovokasikan ular liar atau berdekatan dengan ia pun.
Untuk melaporkan penampakkan ular liar, sila hubungi 1800-476-1600 dan pihak NParks akan menghantar pakar untuk menangkap ular itu.
Luahan Wartawan: Not a fan of snakes but not too scared of them either. Tapi kalau tengah best-best jalan kat park habis tu tiba-tiba a COBRA slither kat depan, siapa tak takut! Tapi kudos to netizen ni. Berani take a snapshot of the beautiful creature walaupun it’s a VENOMOUS SPITTING COBRA. Kalau aku, the moment nampak cobra tu, lincah-lincah da jalan da.
Podcast Plan B minggu ini!
Comentarios