top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Ciri Terkini Instagram Buat Pengguna Yang Dikuarantin


Instagram Buat Pengguna Yang Dikuarantin

Mendak di rumah? Rindukan interaksi? Usah gusar!

Dengan kaedah panggilan video (video call) di Instagram, anda boleh berceloteh bersama teman-teman sambil menatap wajah satu sama lain.


Untuk membuat panggilan, klik ikon kamera yang ada pada bahagian kanan atas skrin anda.


Ciri terkini panggilan video Instagram juga membolehkan anda untuk mengongsi gambar dan video yang telah anda ‘like’ dan ‘save’, serta bahan yang terpampang di bawah ‘explore’ bersama individu yang ‘menelefon’ anda.

Ciri terkini panggilan video Instagram

Sumber: Instagram Comms

Instagram Comms

Sumber: Instagram Comms


Untuk memeriahkan lagi suasana, anda juga boleh menambah bilangan pengguna dalam panggilan tersebut dengan menekan butang ‘add’.


Terdapat juga fungsi ‘effects’ yang membolehkan para pengguna untuk menyerikan wajah mereka.

Terdapat juga fungsi ‘effects’ yang membolehkan para pengguna untuk menyerikan wajah mereka.

Sumber: Instagram Comms

fungsi effects

Menukil pengalaman wartawan kami yang telah mencuba fungsi tersebut, dia berkata:

“Kaedah ini memang amat menarik. Semasa berdiskusi bersama Alex tentang hal ehwal semasa di menerusi wadah tersebut, kami juga dapat bercanda mesra.“Contohnya tadi, Alex tampak begitu stres sekali memikirkan tentang penularan virus. Tapi setelah saya tunjukkan gambar pussycat, dia terus senang hati. Ia seolah-olah Alex berada di sisi saya.”

Wartawan turut menambah kualiti bunyi dan gambar jelas dan lancar.


Tambahan itu, Instagram juga mewujudkan ‘sticker pack’ khusus buat wabak COVID-19.


Pelekat “Stay Home” bertujuan untuk mengalakkan jarakkan sosial.

Stay home

Sumber: Instagram


Pelekat “Thanks Health Heroes” pula boleh digunakan untuk merakamkan penghargaan terhadap para petugas perubatan serta kakitangan barisan hadapan.

Thanks Health Heroes

Sumber: Instagram


Dengan inovasi ini, semoga pengalaman anda semua yang dikenakan cuti tanpa hadir atau notis duduk rumah kurang menyeksakan.


Kepada yang lain, mari kita enjoy sambil mempraktikkan kebersihan!

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page