“Circuit Breaker” Selama Sebulan
Pada 3 April, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berucap menerusi siaran langsung untuk memberi perkembangan terkini mengenai situasi COVID-19.
Dalam perutusan berikut, beliau menerangkan bahawa langkah-langkah tambahan akan dikuatkuasakan untuk mencegah virus tersebut daripada merebak secara mendadak.
Sumber: Yahoo News & The Culture Trip
1. Penutupan Tempat Kerja
Kebanyakan tempat kerja harus ditutup kecuali sektor-sektor penting.
Antara sektor-sektor yang tidak terjejas adalah pusat makanan, pasar raya dan pasar, klinik, hospital, pengangkutan awam dan perkhidmatan bank agar.
Dalam pada itu, PM Lee menggalak rakyat untuk bekerja dari rumah jika boleh.
Penutupan tempat kerja akan dikuatkuasakan pada 7 April.
Sumber: Straits Times
2. Pembelajaran Di Rumah (HBL) Hingga 4 Mei
Kemeterian Pendidikan (MOE) akan bekerjasama bersama sekolah-sekolah setempat, termasuk institut pengajian tinggi (IHL) untuk laksanakan pembelajaran di rumah.
Pra-sekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak juga akan ditutup.
Namun, pengaturan khusus akan dilakukan jika ibu bapa menghadapi kesulitan untuk menjaga anak mereka di rumah.
Penutupan sekolah akan dikuatkuasakan pada 8 April.
Sumber: Tom’s Guide
3. Keluar Jika Perlu
Rakyat hanya digalakkan untuk keluar rumah jika mahu/harus:
a) Bekerja dalam sektor penting
b) Untuk membeli makanan di pasar, restoran atau pusat makanan
c) Untuk bersenam di taman berdekatan
Di samping itu, PM Lee juga menggesa rakyat untuk duduk di rumah dan jauhi daripada menziarah warga tua serta golongan yang mudah terdedah pada bahaya.
“Saya tahu ini suatu yang sangat susah untuk dilakukan, kerana kita semua mahukan teman dan berhubung dengan orang lain, serta berbual and beramah tamah bersama rakan-rakan dan saudara-mara kita.
“Tetapi saya harap anda boleh bersabar dengan apa yang kita harus laksanakan, dan patuhi peraturan demi keselamatan anda sendiri dan kita semua.” — PM Lee, 2020
Luahan wartawan: Nasib baik tak lockdown. Walaupun langkah-langkah diperketatkan, sekurang-kurangnya kita masih boleh ambil angin kat luar. At least kita tak dikawal. What do I mean? Watch this.
Ni berlaku di Malaysia di mana siapa-siapa yang keluar tanpa sebab kukuh kena haruk dengan polis. Kita ni considered lucky jika dibandingkan dengan negara-negara jiran.
Pada masa ini, negara memerlukan sokongan dan kerjasama semua orang.
Kepada ibu bapa, jangan marah-marah cikgu. They’re trying their best untuk mendidik.
Kalau tak ada urusan penting, jangan keluar. Dan kalau nak keluar, pakailah mask.
Kita kena patuh ni semua untuk sebulan jer. Subsequently, ada chance the number of cases akan drop dan lepas tu, kita dah boleh carry on with our normal lives.