top of page
Writer's pictureChap Chai

Cikgu Viral Main-Main Suara Lembut Dan Garau Untuk Beri Arahan Dalam Kelas


Cikgu Viral Main-Main Suara Lembut Dan Garau

Video seorang guru berwajah ayu tular kerana suaranya yang bertukar nada daripada lembut ke garau dalam sekelip mata apabila sedang memanggil anak-anak muridnya.

guru berwajah ayu

Sumber: Instagram

Herdiana Abdul Hamid ataupun lebih dikenali sebagai Cikgu Dian pada mulanya menggunakan nada biasa untuk memanggil nama anak muridnya mengikut urutan semasa waktu makan. Beliau terpaksa meninggikan suaranya sedikit apabila suasana di dalam kelas mula riuh rendah dengan gelagat anak muridnya.


Suaranya yang garau apabila memberi pesanan “jangan makan dulu” menarik tumpuan warganet kerana ia amat lucu.

Suaranya yang garau apabila memberi pesanan “jangan makan dulu” menarik tumpuan warganet kerana ia amat lucu.
jangan makan dulu

Ekoran daripada video Cikgu Dian tersebut, ramai yang membuat parodi.

Diana Danielle turut membuat parodi Cikgu Dian dan mengimbau kembali cara guru-guru 90an mendisiplin anak murid dalam kelas.

Diana Danielle turut membuat parodi Cikgu Dian

Sumber: Instagram

Menurut laporan mStar online, cikgu bahasa Inggeris itu sebenarnya seorang yang ceria. Cikgu Dian garangnya bertempat apabila ingin mendisiplinkan anak murid.

Cikgu Dian garangnya bertempat apabila ingin mendisiplinkan anak murid.

“Saya bukan garang yang buat murid-murid takut, tapi garang yang mendidik murid-murid. Sebenarnya saya seorang guru yang ceria dan kelakar. Saya suka bercerita, kalau bercakap tak berhenti” ujar guru berusia 33 tahun itu.


Luahan Wartawan: Teringat aku zaman primary school dulu. Sekali cikgu melayu aku hembus, senyap satu kelas.

Teringat aku zaman primary school dulu. Sekali cikgu melayu aku hembus, senyap satu kelas

Masa aku jadi guru dulu pun sama, aku memang relate sangat dengan Cikgu Dian ni. Suara daripada lembut, manis boleh jadi sang kuriang kalau nak disiplin bebudak ni, lagi-lagi kalau yang K1 dan K2.

Suara daripada lembut, manis boleh jadi sang kuriang kalau nak disiplin bebudak ni,

That age group can be challenging expecially with children nowadays. Dorang memang bijak, pintar but with that comes their cheekiness.

Dorang memang bijak, pintar but with that comes their cheekiness.

Tak salah kalau guru nak garang asalkan bertempat dan beralasan.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page