Chef Jamie Oliver Tambat Hati Malaysia, Masak Ikan Bakar
Chef selebriti Jamie Oliver menambat hati rakyat Malaysia apabila beliau cuba memasak ikan siakap bakar di dalam video Instagram yang dimuat naikkan beliau.
Sumber: Instagram
Video tersebut telah mendapat lebih daripada 962,000 views dan lebih daripada 56,000 likes.
Hidangan gaya Malaysia itu dipaparkan pada program memasak Britain yang sentiasa popular yang dinamakan ‘Jamie And Jimmy’s Friday Night Feast’, yang bersiaran di saluran 4 Britain.
Antara bahan-bahan yang digunakannya ialah serai, cili merah, bawang merah, halia, daun limau purut, dan garam untuk pes yang dilumatkan bersama-sama menggunakan lesung.
Beliau menambah sos ikan, puri tomato dan jus limau. Jamie kemudian menyapu pes tersebut atas ikan siakap, sebelum membungkus semuanya dalam daun pisang untuk dibakar.
Jamie terus memakan ikan bakar tersebut dengan menggunakan tangan, sebagai tanda penghormatan terhadap kuisin Nusantara tersebut.
Ramai warganet Malaysia memberikan reaksi yang positif terhadap masakannya itu.
Nikmat makan pakai tangan memang lain, bro.
Namun ada juga yang berseloroh dengan cara beliau menggunakan tangan untuk makan.
”Saya biasanya akan menggunakan suda garfu untuk ini, tetapi saya tidak akan. Hari ini saya akan menggunakan tangan saya yang sangat bersih,” katanya.
“Ibu saya akan membunuh saya kerana menggunakan jari saya, tetapi saya tidak peduli. Saya akan pergi ke sudut nakal saya untuk ini. Lazat!” tambahnya.
Luahan Wartawan: Selalunya aku tak favor kalau mat salleh masak masakan Nusantara. Ade je yang merepek dorang tokok tambah.
Macam ni Jamie pun pernah tambah cili jam dalam nasi goreng telur.
Tapi ni kali aku tengok memang cantik resepi sambal ikan bakar dia buat.
Ye aku tau, kalau mat salleh buat, orang agung-agungkan. Tapi give credit where credit is due.
Dekni tak jahanamkan resepi turun-temurun orang Nusantara.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments